Negara kita terdedah dengan bencana alam seperti banjir. Jadi, setiap orang perlu menyediakan alatan yang sepatutnya supaya dapat menjamin keselamatan diri dan insan tersayang. Tiada sesiapa yang menduga saat bencana alam boleh berlaku, jadi lebih baik berwaspada sebelum menyesal! Daripada lampu suluh untuk menerangi jalan anda sehinggalah ke telefon bimbit untuk terus berhubung, kami akan perincikan empat jenis alatan dikuasakan bateri yang anda perlukan dalam kit tindak balas bencana, berserta dengan beberapa barangan untuk menyelamatkan nyawa tanpa dikuasakan bateri yang anda perlukan. Teruskan bacaan untuk mengetahui cara untuk menghadapi situasi kecemasan sebegini.
1. Lampu Kecemasan
Sewaktu berlakunya bencana alam, sumber pencahayaan biasa seperti lampu di rumah dan lampu jalan mungkin tidak berfungsi mahupun rosak. Jadi, anda disarankan menyimpan lampu tambahan yang berguna dalam situasi kecemasan seperti lampu suluh, lampu picit, dan lampu kepala. Misalnya, apabila berlakunya gangguan kuasa dan anda perlu jimatkan bateri telefon bimbit, anda boleh guna lampu suluh untuk memeriksa kotak fius. Dalam situasi yang lebih kritikal, anda perlukan lampu untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat dalam kegelapan. Kebanyakan lampu suluh menggunakan bateri boleh dicas semula NIMH (nikel-logam hidrida) ataupun Li-ion (litium-ion), tapi pastikan anda periksa jenis bateri yang digunakan dalam lampu suluh atau lampu depan simpanan anda. Untuk mengelakkan diri daripada bersusah-payah mencari bateri dalam situasi cemas, apa kata and pilih sahaja lampu suluh dan lampu depan yang kami tawarkan?
2. Sumber Kuasa
Sudah tentu, semua alat dikuasakan bateri yang kita bincangkan tadi tidak berguna sama sekali apabila tiada bateri untuk menghidupkannya! Itulah sebab anda perlu menyimpan satu set bateri ganti, pengecas bateri dan dok pengecas untuk memastikan bateri anda boleh dicas semula. Selain itu, anda perlukan ibu kuasa berguna untuk memastikan telefon anda sentiasa dicas semasa dalam perjalanan.
3. Peranti Komunikasi
Semasa kecemasan, kita perlukan peranti komunikasi untuk terus berhubung dengan insan tersayang serta menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Telefon bimbit dan radio dua hala yang juga dikenali sebagai walkie-talkie sesuai bagi tujuan ini. Hampir semua orang menggunakan telefon bimbit dalam dunia sekarang. Kebanyakan telefon moden menggunakan bateri Li-ion atau Li-Po (litium-polimer). Walau bagaimanapun, sekiranya telefon anda rosak semasa bencana ataupun kehabisan kuasa, walkie-talkie boleh membantu anda dan insan yang bersama anda kekal berhubung sewaktu menelusuri zon bencana, kerana alat ini berfungsi mengikut frekuensi radio dan bukannya bergantung pada rangkaian selular atau infrastruktur komunikasi lain yang mungkin terjejas semasa berlakunya bencana. Kebanyakan walkie-talkie menggunakan bateri Li-ion atau NiMH. Jadi, pastikan anda simpan sekurang-kurangnya satu walkie-talkie!
4. Kipas Mudah Alih
Tambahan lagi, kipas mudah alih berguna semasa berlakunya gangguan elektrik sehingga menyebabkan kipas siling dan penghawa dingin tidak berfungsi, serta membantu kita menyejukkan diri dan mencegah strok haba semasa hari panas yang terik. Secara umum, kebanyakan kipas mudah alih menggunakan bateri boleh dicas semula lithium-ion kerana hayat baterinya yang lebih lama dan dapat menyimpan lebih banyak kuasa, namun adajuga sesetengah model yang menggunakan bateri AAA alkali atau NiMH.
5. Item Bukan Dikuasakan Bateri Lain
Memandangkan kami telah berkongsi tentang alat dikuasakan bateri yang penting, anda mungkin tertanya-tanya apa lagi yang anda perlukan dalam kit bencana? Jadi, mari kita lihat beberapa barangan penting lain yang perlu anda simpan. Barang-barang ini termasuk bekalan perubatan dan kit pertolongan cemas sekiranya berlaku kecederaan, jaket keselamatan untuk menghadapi banjir, selimut dan pakaian tambahan untuk memanaskan badan, serta penutup plastik kalis air dan bekas makanan untuk mengelakkan makanan daripada rosak.
Tiada seorang pun daripada kita dapat menduga saat berlakunya bencana alam, jadi penting untuk kita sentiasa bersiap-sedia. Dengan melengkapkan barangan penting dikuasakan bateri dalam kit tindak balas bencana, anda telah bertindak proaktif untuk melindungi insan tersayang saat berlakunya kecemasan. Pastikan anda dan keluarga anda sentiasa selamat dengan menyimpan rangkaian bateri boleh dicas semula yang kami sediakan serta alatan lain di Bateri GP hari ini!