Siapa Kami

GP Batteries International Limited terlibat dalam pembangunan dan penghasilan produk, serta pemasaran bateri dan juga produk yang berkaitan dengan bateri. Sejak penubuhannya di bawah syarikat Gold Peak di Hong Kong, GP Batteries telah berkembang pesat dengan menjadi salah satu pembekal bateri utama di seluruh dunia bagi bateri biasa dan bateri boleh dicas semula. GP juga merupakan salah satu pengeluar bateri untuk pengguna yang terbesar di China. Ia membekalkan rangkaian produk bateri yang meluas kepada pengilang peralatan asal (OEM), syarikat bateri terkemuka, serta pasaran runcit untuk pengguna di bawah jenamanya sendiri, iaitu GP.

Misi Kami

Kemampanan

Sebagai perniagaan berkaitan Kuasa, kami memiliki keupayaan unik untuk berinovasi, memperkasakan kehidupan dan mencetuskan perubahan positif dan lestari.

Jaminan Kualiti

Sebagai salah satu jenama bateri terkemuka di dunia, GP komited untuk menyediakan produk yang memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa. Kami bukan sahaja mematuhi keperluan keselamatan yang ketat, malah pusat jaminan kualiti dan makmal kami juga mendapat pengiktirafan daripada badan antarabangsa.

Keselamatan diutamakan

Keutamaan GP terhadap keselamatan bukan hanya terhadap produk itu sendiri, ia merangkumi lebih daripada itu. Sebagai contoh, kami memperkenalkan pembungkusan tahan kanak-kanak bagi rangkaian produk bateri syiling litium GP bagi mengelakkan kanak-kanak daripada tertelan bateri secara tidak sengaja.

Maklumat Korporat

Fasiliti pengeluaran GP Batteries terletak di China, Vietnam, dan Malaysia. Ia disokong oleh pejabat pemasaran dan perdagangan merentasi Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Kini, syarikat ini memiliki sekitar 6,000 orang staf di seluruh dunia dan bertapak dengan jumlah keluasan kira-kira 260,000 meter persegi.

Kisah Jenama

Lebih 60 tahun yang lalu, kami mula mengeluarkan bateri kering 9 volt di sebuah kilang kecil di pinggir Hong Kong. Sejak permulaan yang ringkas itu, kami telah berkembang menjadi salah satu pembekal kuasa mudah alih terbesar di dunia. Kami menggerakkan peranti dan momen dalam kehidupan orang yang membuat mereka berasa lebih kuat. Setiap hari.

Lihat cerita Kami

Kisah
Jenama

Lebih 60 tahun yang lalu, kami mula mengeluarkan bateri kering 9 volt di sebuah kilang kecil di pinggir Hong Kong. Sejak permulaan yang ringkas itu, kami telah berkembang menjadi salah satu pembekal kuasa mudah alih terbesar di dunia. Kami menggerakkan peranti dan momen dalam kehidupan orang yang membuat mereka berasa lebih kuat. Setiap hari.

Lihat cerita Kami