Pernyataan Dasar Privasi

GP Batteries International Limited (“GP Batteries”) dan anak syarikat, serta syarikat bersekutunya berusaha untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan kerahsiaan dengan ketat bagi perlindungan data peribadi yang dibekalkan oleh pengguna laman web (secara kolektifnya ialah “Pengguna”). Dasar GP Batteries adalah untuk mematuhi tetapan peraturan yang mengawal perlindungan data, dan khususnya Peraturan Perlindungan Data Am no. 2016/679 pada 27 April 2016 (dikenali sebagai “GDPR”) dan, secara subsidiari, semua peraturan undang-undang negara yang digubal menurut peraturan itu.

Data peribadi disimpan dengan selamat dalam sistem GP Batteries dan disimpan sebaik sahaja Pengguna didaftarkan dengan mana-mana laman web GP Batteries. Hanya staf yang diberikan kuasa (mempunyai hak) untuk mengakses data, dan GP Batteries tidak akan melepaskan data peribadi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran Pengguna kecuali seperti yang dinyatakan dalam "Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi".

GP Batteries dibenarkan, dari semasa ke semasa, menghantar bahan pemasaran secara langsung yang mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada Pengguna berdasarkan data peribadi mereka . Walau bagaimanapun, pengaturan menarik diri akan dibuat apabila pihak kami menerima permintaan bertulis. Ia boleh dilakukan dengan menghubungi kami di alamat yang terdapat pada bahagian yang bertajuk “UNTUK MAKLUMAT LANJUT” di bawah.

Laman web GP Batteries termasuk kandungan pihak ketiga dan pembekal perkhidmatan, dan ia menawarkan pautan ke laman web lain untuk menyediakan lebih banyak maklumat dan perkhidmatan kepada Pengguna. Pihak ketiga ini boleh mengumpul data peribadi daripada Pengguna dan mereka mematuhi dasar privasi mereka sendiri. Pernyataan Dasar Privasi GP Batteries tidak meliputi pihak ketiga. GP Batteries tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau pematuhan privasi laman web atau aplikasi pihak ketiga. Anda harus menyemak laman web atau aplikasi tersebut untuk mengetahui penyataan privasi dan syarat yang diguna pakai oleh mereka.

 

Privasi Kanak-kanak

Produk dan perkhidmatan GP Batteries secara amnya bukanlah ditujukan kepada kanak-kanak. Namun begitu, kami mungkin akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi tentang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bagi situasi tertentu - contohnya untuk membangunkan sumber pendidikan. Kami akan mematuhi garis panduan industri dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Pengguna yang mempunyai sebarang persoalan tentang Pernyataan Dasar Privasi GP Batteries ini dan amalan pengendalian data peribadi hendaklah menghubungi GP Batteries secara terus.

_____________________________________

Penyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi

PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami mengumpul data peribadi tentang anda melalui pelbagai cara, ia termasuklah:-

  • pendaftaran anda dalam talian atau membuat pesanan untuk mana-mana produk atau perkhidmatan kami;
  • pendaftaran anda bagi sebarang acara, melengkapkan tinjauan pelanggan secara sukarela, memberikan maklum balas pada mana-mana papan mesej kami atau melalui e-mel, meminta maklumat atau menghubungi kami untuk mendapatkan sokongan (Sila ambil perhatian bahawa panggilan telefon akan dirakamkan pada bila-bila masa untuk tujuan keselamatan, jaminan kualiti, latihan, dan pembangunan);
  • penggunaan atau kunjungan anda ke laman web kami melalui kuki pelayar anda;
  • interaksi anda dengan rakan kongsi perniagaan dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang bekerja dengan GP Batteries - berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami;
  • sumber yang tersedia secara umum seperti laman web awam, pangkalan data kerajaan terbuka, atau data lain daripada domain awam

Jenis data peribadi yang dikumpulkan daripada anda oleh GP Batteries adalah bergantung pada jenis perkhidmatan dan produk tertentu; seperti yang diminta oleh, atau diberikan kepada anda.

Pengguna mungkin akan diminta untuk memberikan data peribadi bagi pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di laman web ini. Pengguna tidak diwajibkan untuk membekalkan data peribadi tersebut, namun sekiranya mereka tidak memberikan maklumat tersebut, maka perkhidmatan itu tidak akan tersedia. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda mengakui bahawa peruntukan tersebut adalah adil dan munasabah dalam keadaan tersebut.

Jenis data peribadi yang akan dikumpulkan oleh GP Batteries merangkumi perkara berikut:

  • maklumat peribadi anda (cth: nama, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, atau nombor pengenalan peribadi anda yang lain);
  • maklumat perhubungan anda (cth: nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, dan nombor faks);
  • maklumat perniagaan anda (cth: nama syarikat, jenis perniagaan, dan maklumat perhubungan yang berkaitan);
  • Maklumat kad kredit atau debit anda, atau maklumat kad caj lain (cth: nama pemegang kad, nombor kad, alamat pengebilan, kod keselamatan, dan tarikh luput);
  • minat, keutamaan peribadi, atau komen anda;
  • komen dan maklum balas anda terhadap tinjauan pasaran, peraduan, dan tawaran promosi yang dijalankan oleh pihak kami atau bagi pihak kami; dan/atau
  • maklumat apabila anda menggunakan laman web kami atau perkhidmatan/produk lain (cth: maklumat tingkah laku, sejarah pembelian, maklumat lokasi, butiran pelayaran, alamat IP).


TUJUAN DAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI

Data peribadi dikumpul untuk tujuan berikut:

  • mengumpulkan statistik tentang tabiat dan keutamaan Pengguna untuk menganalisis penggunaan laman web dan pembangunan selanjutnya;
  • mengumpul data peribadi untuk pengesahan identiti serta mengemas kini senarai perhubungan bagi tujuan perhubungan;
  • menghubungi Pengguna mengenai notis dan komunikasi pentadbiran
  • urusan pertanyaan anda dan memenuhi permintaan anda;
  • melaksanakan kontrak kami dengan anda; berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami.

GP Batteries boleh menggunakan data peribadi anda dengan cara berikut:

  • berkongsi maklumat dengan anak syarikat dan syarikat bersekutu GP Batteries;
  • berkongsi maklumat dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk operasi biasa laman web GP Batteries dan aktiviti pemasaran yang berkaitan seperti yang dijelaskan di bawah;
  • mendaftar, mengesahkan, dan mengurus akaun anda di laman web kami;
  • memudahkan urusan log masuk anda untuk mengakses laman web kami termasuk melalui penggunaan kuki - contohnya mewujudkan dan mengekalkan identiti log masuk anda supaya anda boleh melayari, mengakses, dan menggunakan laman web kami dengan mudah tanpa permintaan untuk log masuk berulang kali;
  • memproses pesanan pembelian anda dan menghubungi anda mengenai pesanan pembelian anda sekiranya perlu, serta mengatur penghantaran barangan yang dibeli;
  • menyalin, mengedar, menerbitkan, berkongsi, atau mengeksploitasi kandungan yang dijana oleh pengguna di laman web kami atau platform media sosial lain, secara keseluruhan atau sebahagian, melalui laman web, akaun media sosial lain, atau sebarang kempen pemasaran GP Batteries yang lain;
  • menyediakan jaminan produk dan perkhidmatan penyelenggaraan dan pelanggan dan/atau sokongan teknikal kepada anda;
  • berkomunikasi dengan anda tentang akaun anda, dan menghantar maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan kami; serta ciri laman web kami;
  • mengendalikan, memantau, menyesuaikan, meningkatkan, menyelenggara, mengoptimumkan, dan/atau menambah baik laman web kami serta barangan dan/atau perkhidmatan yang kami tawarkan dan membuat penyesuaian, menyediakan dan menambah baik perkhidmatan kami dan pengalaman pelayaran anda di laman web kami;
  • mendapatkan pelbagai jenis maklumat demografi daripada laman web kami, dimana kami gunakan untuk mengendalikan, menyelenggara, dan/atau menambah baik laman web kami;
  • menyemak dan menyesuaikan pengiklanan dan kandungan laman web kami, serta bahan promosi;
  • menyemak, menambah baik, dan mengukuhkan strategi pemasaran kami, termasuk untuk merumus dan/atau menjalankan analisis dan penyelidikan pasaran tanpa had, seperti temu bual dan kumpulan fokus;
  • mentadbir peraduan, pertandingan, dan promosi; termasuk memaklumkan anda tentang hadiah yang telah anda menangi;
  • mengurus dan menjawab komen serta pertanyaan yang dikemukakan oleh anda kepada kami;
  • berkomunikasi dengan anda tentang perubahan terhadap dasar atau terma dan syarat kami;
  • mengesan, menyiasat, dan mencegah aktiviti yang mungkin melanggar terma dan syarat kami, dasar kami, atau mungkin menyalahi undang-undang;
  • menyusun, memproses, dan menjana statistik serta laporan ranap bagi Laman Web, dan melaksanakan analisis statistik, demografi, dan pemasaran kepada pelanggan kami serta Pengguna laman web kami;
  • menyusun, menyelenggara, dan mengemas kini pangkalan data pemegang akaun dan Pengguna kami di laman web GP Batteries;
  • pengurusan perhubungan pelanggan kami (seperti menjalankan tinjauan kepuasan pengguna) serta pengurusan dalaman atau tujuan pentadbiran lain yang berkaitan dengan laman web.

 

PEMINDAHAN DATA PERIBADI

Maklumat pengguna tidak akan didedahkan atau dipindahkan kepada mana-mana pihak lain dalam bentuk yang akan mengenal pasti individu tersebut, kecuali seperti berikut:

  • seperti yang dikehendaki oleh sesiapa dari pihak kerajaan, atau pihak berkuasa yang bertugas dalam bidang penguatkuasaan undang-undang;
  • sesiapa yang di bawah kewajipan kerahsiaan kepada GP Batteries dan anak syarikatnya, syarikat bersekutu, serta syarikat berkaitan (termasuk akauntan, penasihat undang-undang, atau penasihat lain);
  • untuk tujuan pentadbiran dan perkara yang penting untuk mengekalkan dan menambah baik perkhidmatan;
  • Maklumat pengguna boleh dikongsikan di kalangan GP Batteries, anak syarikatnya, syarikat bersekutu, serta syarikat berkaitan. Pihak-pihak ini mungkin mempunyai tempat perniagaan di luar Hong Kong, dan maklumat mungkin dipindahkan keluar dari Hong Kong. Dengan melanggan laman web GP Batteries atau log masuk, Pengguna bersetuju dengan pemindahan maklumat kepada pihak ini di luar Hong Kong. Pihak-pihak ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan GP Batteries tidak mempunyai kawalan ke atas penggunaan maklumat mereka; oleh yang sedemikian, pihak GP Batteries tidak bertanggungjawab atas penggunaan maklumat mereka.

[GP Batteries mempunyai rangkaian global dan maklumat peribadi anda mungkin disimpan dan diproses di luar negara asal anda. Hal ini termasuk di negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan yang sama untuk maklumat peribadi anda seperti di negara asal anda. GP Batteries mempunyai langkah-langkah yang telah ditetapkan untuk memastikan bahawa ia tertakluk kepada perlindungan yang sesuai mengikut undang-undang perlindungan data apabila maklumat peribadi anda dipindahkan ke peringkat antarabangsa. Selalunya, hal ini termasuk dalam perlindungan kontrak. ]

GP Batteries mempunyai rangkaian, pangkalan data, server, sistem, sokongan, dan khidmat bantuan pelanggan di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan pihak ketiga seperti perkhidmatan hosting awan, pembekal dan sokongan teknologi yang terletak di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan perniagaan, tenaga kerja dan pelanggan kami. Kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan maklumat peribadi diproses, dilindungi, dan dipindahkan mengikut undang-undang yang diguna pakai. Dalam sesetengah kes, kami mungkin perlu mendedahkan atau memindahkan maklumat peribadi anda dalam GP Batteries atau kepada pihak ketiga di kawasan di luar negara asal anda. Hal ini termasuklah ke negara yang belum diisytiharkan memiliki perlindungan data yang mencukupi oleh Suruhanjaya Eropah.

Kawasan keberadaan penerima adalah berbeza dari semasa ke semasa. Namun begitu, kawasan tersebut merangkumi Amerika, Eropah, Asia, dan negara lain di mana GP Batteries dikenali atau menggunakan perkhidmatan kontraktor. Klik pautan ini untuk melihat senarai lokasi global di https://my.gpbatteries.com/pages/global.

Apabila kami memindahkan maklumat peribadi ke peringkat antarabangsa, kami menyediakan perlindungan mengikut undang-undang yang diguna pakai (termasuk Artikel 44 hingga 50 GDPR). Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang amalan pemindahan data peribadi kami, sila hubungi kami melalui bahagian "UNTUK MAKLUMAT LANJUT" di bawah.

 

HAK PERLINDUNGAN DATA ANDA

GP Batteries ingin memastikan bahawa anda mengetahui semua hak perlindungan data anda dengan sepenuhnya. Setiap Pengguna berhak mendapat perkara berikut:

Hak akses – Anda mempunyai hak untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak GP Batteries sama ada data peribadi anda sedang diproses atau tidak, dan, sekiranya perkara itu berlaku, akses kepada data peribadi dan maklumat berikut merangkumi (tetapi tidak terhad kepada):-

  • tujuan pemprosesan;
  • kategori data peribadi yang berkenaan;
  • penerima atau kategori penerima yang data peribadinya telah atau akan didedahkan, khususnya penerima di negara ketiga atau organisasi antarabangsa;

Hak untuk sekatan pemprosesan – Anda berhak untuk menarik balik persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa, dengan syarat pemprosesan berkenaan adalah berdasarkan persetujuan;

Hak untuk pembetulan – Anda mempunyai hak untuk mendapatkan pembetulan data peribadi yang tidak tepat mengenai anda daripada pengawal; tanpa kelewatan yang tidak wajar ;

Hak untuk memadam - hak untuk memohon agar data peribadi anda dipadamkan dalam keadaan tertentu;

Hak untuk sekatan pemprosesan - Hak untuk membantah, meminta sekatan, pemprosesan terhadap data peribadi anda dalam keadaan tertentu;

Hak untuk pemidahan data - Anda mempunyai hak untuk menerima data peribadi mengenai anda; iaitu data yang telah anda berikan kepada pengawal, dalam format berstruktur, biasa digunakan, dan boleh dibaca oleh mesin. Anda juga mempunyai hak untuk menghantar data tersebut kepada pengawal lain tanpa halangan daripada pengawal sebelum ini (individu yang telah diberikan data peribadi sebelumnya), di mana:-

  • pemprosesan adalah berdasarkan persetujuan; dan
  • pemprosesan dijalankan secara automatik;

Hak untuk membantah – Anda berhak untuk membantah, atas alasan yang berkaitan dengan situasi tertentu anda, pada bila-bila masa untuk memproses data peribadi mengenainya yang berdasarkan perkara (e) atau (f) GDPR Perkara 6(1), termasuk pemprofilan berdasarkan peruntukan tersebut.

Pengawal tidak akan lagi memproses data peribadi melainkan pengawal menunjukkan alasan yang boleh diterima untuk pemprosesan; yang mengatasi kepentingan, hak dan kebebasan subjek data atau untuk penubuhan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang;

Hak untuk membuat aduan – Anda berhak untuk memfailkan aduan dengan pihak berkuasa negara (butiran yang disediakan di bawah) jika anda berpendapat bahawa hak anda (satu atau lebih) telah dilanggar oleh pihak GP Batteries;

Anda boleh menggunakan hak anda dengan menghubungi kami di alamat yang tertera di bawah - pada bahagian yang bertajuk “UNTUK MAKLUMAT LANJUT”.

 

PINDAAN DATA PERIBADI

Pengguna mempunyai hak untuk meminda data peribadi mereka dengan menghubungi GP Batteries secara terus melalui e-mel.

Jika anda ingin mengakses, mengemas kini, atau memadam data peribadi anda yang dipegang oleh pihak GP Batteries, atau menggunakan mana-mana hak subjek data anda, sila hantarkan permintaan anda kepada Pegawai Perlindungan Data melalui e-mel: dataoffice@goldpeak.com atau melalui pos ke alamat 7/F, Building 16W, 16 Science Park West Avenue, Hong Kong Science Park, New Territories, Hong Kong.

 

MENGHANTAR ADUAN

Pengguna mempunyai hak untuk membuat aduan tentang cara GP Batteries menguruskan maklumat peribadi anda. Anda boleh membuat aduan kepada Pegawai Perlindungan Data GP Batteries; dimana ia boleh dihubungi melalui bahagian "UNTUK MAKLUMAT LANJUT" di bawah atau melalui pihak berkuasa penyeliaan.

Senarai Pihak Berkuasa Perlindungan Data Kebangsaan di Kawasan Ekonomi Eropah boleh didapati di sini:
http://ec.europa.eu/justice/data-protection/bodies/authorities/index_en.htm.

 

PERUBAHAN TERHADAP PENYATAAN DASAR PRIVASI INI

Polisi ini boleh dipinda dari semasa ke semasa. Anda boleh mengakses dan mendapatkan salinan Dasar yang dipinda dari semasa ke semasa ini di https://my.gpbatteries.com supaya anda sentiasa mendapat makluman tentang cara kami mengumpul dan menggunakan data peribadi.

Pernyataan Dasar Privasi ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan boleh diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi terjemahan Dasar ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau aduan tentang Pernyataan Dasar Privasi ini atau amalan pengendalian maklumat GP Batteries, anda boleh menghantarkan e-mel kepada kami di alamat e-mel yang diberikan dalam bahagian yang berkaitan di atas, atau menghubungi kami melalui e-mel di:
dataoffice@goldpeak.com

 

Mengenai Kuki

GP Batteries International Limited (“GP Batteries”) ialah pengendali Kedai Dalam Talian GP Batteries Hong Kong https://my.gpbatteries.com. Mematuhi peraturan yang diguna pakai untuk mengawal perlindungan data, dan khususnya Peraturan Perlindungan Data Am no. 2016/679 pada 27 April 2016 (dikenali sebagai “GDPR”) dan, secara subsidiari, semua peraturan undang-undang negara yang digubal menurut peraturan itu telah menjadi dasar bagi GP Batteries.

GP Batteries dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami menetapkan dan menggunakan kuki dan teknologi serupa untuk menyimpan dan menguruskan pilihan pengguna, menyampaikan pengiklanan yang disasarkan, mendayakan kandungan, dan mengumpul data analitik serta penggunaan (sebagai contoh). Penggunaan kuki dan teknologi penjejakan lain adalah standard di seluruh laman web dan aplikasi yang mengumpulkan maklumat melaluinya; maklumat tentang aktiviti dalam talian anda merentas aplikasi, laman web, atau perkhidmatan lain. Maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa, serta cara anda boleh mengawal dan menguruskannya telah disenaraikan di bawah.

 

APA ITU KUKI

Kuki ialah fail teks kecil yang disimpan oleh laman web pada komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda melawati laman web. Ia digunakan untuk mengenal pasti pengguna atau peranti, serta untuk tujuan pengumpulan maklumat. Kuki merekodkan pilihan dan tindakan anda apabila mengakses perkara yang sama apabila anda melawati laman web. Ia membolehkan laman web mengingati tindakan dan pilihan anda (seperti log masuk, bahasa, saiz fon, dan pilihan paparan lain) dalam satu tempoh masa, untuk mengelakkan pengguna perlu memasukinya semula apabila pengguna kembali ke laman web tersebut, atau melayari dari satu halaman ke halaman yang lain.

 

APAKAH KEGUNAAN KUKI DALAM LAMAN WEB INI

Kami menggunakan kuki (dengan pelbagai jenis yang diterangkan di bawah) untuk menyediakan perkhidmatan di laman web kami. Perkhidmatan ini termasuk log masuk pengguna, menetapkan pilihan bahasa, dan perlindungan keselamatan. Kuki ini penting untuk operasi laman web kami. Sesetengah kuki memberikan kami statistik tentang bilangan pelawat dan halaman web yang dilihat. Maklumat ini membantu kami membentuk kandungan yang lebih berguna kepada anda. Anda boleh menolak kuki, namun hal ini mungkin mengehadkan penggunaan laman web anda dan pelbagai cirinya yang lain, serta mengurangkan keupayaan kami untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami, termasuklah dari aspek menyediakan kandungan yang menarik.

 

APAKAH PERKARA YANG TIDAK MENGGUNAKAN KUKI DI DALAM LAMAN WEB INI

Kami tidak menyimpan maklumat sensitif berkaitan pengenalan peribadi dalam kuki yang kami gunakan; seperti alamat anda, kata laluan, data kad kredit, dll. Kami juga tidak menggunakan kuki untuk membimbing pengiklanan kepada pengguna kami mengikut navigasi anda mahupun untuk tujuan pengiklanan lain yang bukan milik kami atau dari pihak ketiga.

 

PENGGUNAAN KUKI

Anda harus menyedari bahawa apabila anda menggunakan laman web kami, kami mungkin akan mengumpul maklumat dengan menggunakan kuki, suar web, atau pengecam peranti unik untuk mengenal pasti peranti anda yang mengakses laman web kami. Kami menggunakan kuki untuk menjejaki penggunaan dan tingkah laku pelayaran di laman web kami. Selain itu, ia digunakan untuk memantau trafik, serta mengekalkan dan menambah baik laman web kami untuk menjadikannya lebih mudah untuk kegunaan anda. Kuki tidak mengenali anda secara peribadi dan tidak berbahaya kepada peranti anda. Tiada kuki yang kami gunakan mengandungi maklumat seperti nama atau alamat sebenar anda. Oleh yang sedemikian, anda tidak boleh dikenal pasti secara peribadi oleh mereka.

Kebanyakan pelayar pada mulanya ditetapkan untuk menerima kuki. Anda boleh mengurus dan melaraskan tetapan kuki anda pada bila-bila masa dengan menukar tetapan pelayar (cth: tetapan Google Chrome, Safari, Microsoft Internet Explorer, dll.) pada peranti anda untuk menutup kuki atau mengosongkan semua kuki dan sejarah pelayaran web. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menolak atau menutup kuki pada peranti anda, ciri dan fungsi tertentu pada laman web kami tidak akan berfungsi dengan betul. Sebagai contoh, item yang ditambahkan pada troli beli-belah anda mungkin akan dipadamkan sebaik sahaja anda keluar dari laman web. Untuk makluman, data peribadi anda yang dikumpul daripada kuki akan digunakan dengan cara seperti yang diterangkan di atas; iaitu dalam Dasar Privasi.

Kami menggunakan jenis kuki berikut apabila anda mengakses laman web kami. Semua tetapan pelayaran memiliki sedikit perbezaan. Oleh yang sedemikian, anda harus merujuk kepada tetapan yang berkaitan dalam pelayar anda untuk menguruskan kuki.

 

Jenis kuki yang digunakan dalam laman web kami adalah seperti berikut:

Kuki yang Memang Diperlukan: Kuki ini amat diperlukan untuk fungsi penting laman web dan ianya tidak boleh dimatikan. Kuki membolehkan anda menggunakan fungsi asas laman web. Kuki tersebut hanya berdasarkan tindakan yang anda lakukan, termasuk bahasa laman web, mata wang, sesi log masuk, dan keutamaan privasi. Anda boleh mengubah konfigurasi pelayar anda untuk menyekat kuki ini, tetapi ia mungkin akan menjejaskan fungsi asas laman web kami. Kuki ini biasanya akan aktif selama 12 bulan, manakala sesetengah kuki yang menghalang penipuan dan mengekalkan keselamatan atau perkhidmatan kami akan aktif untuk tempoh maksimum selama 24 bulan.

Kuki Fungsian: Kuki ini membolehkan laman web kami menawarkan fungsi tambahan dan tetapan peribadi. Tanpa kuki ini, laman web kami mungkin tidak dapat mengingati pilihan tertentu yang telah anda lakukan sebelum ini atau memperibadikan pengalaman pelayaran anda dengan memberikan anda maklumat yang berkaitan. Kuki ini juga boleh digunakan untuk mengecam peranti anda supaya anda tidak perlu memberikan maklumat yang sama lebih daripada sekali. Sesetengah kuki mungkin aktif sehingga 12 bulan.

Analitik dan Statistik: Kuki ini mengumpul maklumat tentang cara anda menggunakan laman web kami untuk membantu kami menganalisis trafik laman web bagi keperluan penyelidikan pasaran kami. Kuki ini juga digunakan untuk memberikan anda pengalaman yang berkualiti tinggi dengan meningkatkan prestasi laman web. Malah, ia akan membantu kami memahami dan menambah baik laman web dan reka bentuk pengalaman pengguna. Oleh itu, laman web kami boleh menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Jika anda adalah ahli GP Batteries, kuki juga boleh digunakan untuk membina profil penggunaan yang berkaitan dengan akaun keahlian anda. Oleh itu, kami boleh mengoptimumkan perkhidmatan dan penawaran produk kami, dan serta menambah baik pengalaman anda sebagai pelanggan. GP Batteries boleh menggunakan pelbagai teknologi, termasuk peralatan pihak ketiga, untuk menjejak dan menganalisis maklumat penggunaan. Sesetengah kuki mungkin aktif sehingga 12 bulan.

Pemasaran: Kuki ini mengumpulkan maklumat tentang penggunaan anda di laman web kami supaya kami boleh meningkatkan pengalaman anda serta memberikan kandungan yang lebih berkaitan dan pengiklanan yang khusus. Sebahagian daripada kuki ini adalah daripada pihak ketiga yang mengumpul maklumat tentang pengguna laman web kami untuk menyediakan pengiklanan berdasarkan aktiviti dalam talian pengguna. Pihak ketiga yang terlibat dalam jenis pengiklanan ini mengumpulkan maklumat pelayaran internet (cth: laman web yang dilawati, masa lawatan) di seluruh laman web yang berbeza. Mereka mungkin menggunakan maklumat yang mereka kumpulkan di laman web kami untuk memberikan anda iklan (daripada kami dan syarikat lain) di seluruh internet dari semasa ke semasa. Jika anda tidak membenarkan kuki ini, anda tidak akan melihat iklan yang disasarkan terhadap minat anda.

 

MENGHUBUNGKAN MELALUI RANGKAIAN SOSIAL

Sesetengah perkhidmatan kami mungkin merangkumi ciri rangkaian sosial, seperti butang dan widget "Like" Facebook®, butang "Kongsi", dan program interaktif mini. Selain itu, anda boleh memilih untuk menggunakan log masuk rangkaian sosial anda sendiri daripada; seperti Facebook atau LinkedIn® , Youtube, Instagram, Twitter. dan program interaktif mini lain untuk log masuk ke beberapa Perkhidmatan kami. Jika anda memilih untuk berhubung menggunakan rangkaian sosial atau perkhidmatan yang serupa, kami mungkin menerima dan menyimpan maklumat pengesahan daripada perkhidmatan tersebut untuk membolehkan anda log masuk dengan maklumat lain yang anda boleh pilih untuk perkongsian apabila anda menghubungkan dengan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini mungkin mengumpul maklumat seperti halaman web yang anda lawati dan alamat IP, dan ia mungkin menetapkan kuki untuk membolehkan ciri laman web berfungsi dengan baik. Kami tidak bertanggungjawab atas keselamatan atau privasi bagi sebarang maklumat yang dikumpul oleh pihak ketiga ini. Anda harus menyemak kenyataan atau dasar privasi yang diguna pakai pada perkhidmatan pihak ketiga yang anda hubungkan, gunakan, atau akses. Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda dikongsi dengan pembekal akaun media sosial anda atau pengguna lain perkhidmatan media sosial, sila jangan hubungkan akaun media sosial anda dengan akaun anda untuk perkhidmatan tersebut, serta jangan sertai perkongsian sosial pada perkhidmatan tersebut.

 

BOLEHKAH PENGGUNAAN KUKI DINYAHAKTIFKAN

Ya, kuki boleh dinyahaktifkan. Walau bagaimanapun, jika anda memilih konfigurasi ini, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian tertentu pada laman web kami. Ia mungkin akan menyebabkan kekurangan dari segi kecekapan navigasi dan anda tidak boleh memanfaatkan sesetengah perkhidmatan kami. Jika anda lebih suka menyekat atau memadam kuki daripada laman web ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengubah suai konfigurasi pelayar anda. Walaupun parameterisasi setiap pelayar adalah berbeza, konfigurasi kuki biasanya dilakukan pada menu Keutamaan (Preferences) atau Alat (Tools). Untuk butiran lanjut tentang konfigurasi kuki dalam pelayar anda, rujuk pada menu Bantuan (Help). Anda boleh membaca lebih lanjut tentang kuki di http://www.allaboutcookies.org.

 

Tarikh kemas kini terakhir: 15 Disember 2021