SYARAT PENGGUNAAN

GP Batteries International Ltd (“GP Batteries”) dan pihak yang berkaitan memiliki tanda dagangan syarikat, nama dagangan, logo, imej, imej produk dan foto, serta salinan yang dipaparkan di laman web ini. Bahan-bahan ini tidak boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak GP Batteries.

Semua maklumat dan kandungan di laman web ini dilindungi oleh hak cipta. Maklumat atau kandungan tersebut tidak boleh diubah suai, diterbitkan semula, disimpan, dihantar, disalin, diedarkan, atau digunakan dalam apa jua cara; sama ada untuk tujuan komersial atau awam - tanpa kebenaran bertulis daripada pihak GP Batteries terlebih dahulu.

Maklumat di laman web ini bertujuan sebagai rujukan dan maklumat am sahaja. Ia bukannya bertujuan sebagai maklumat komprehensif, atau menyediakan nasihat untuk sebarang pelaburan atau khidmat profesional lain. Pihak GP Batteries tidak menjamin atau menyatakan bahawa maklumat tersebut adalah lengkap, tepat, atau terkini. Selain itu, tiada waranti diberikan berkaitan perkara tanpa pelanggaran, keselamatan, kesesuaian, atau kebebasan daripada virus komputer, serta mana-mana laman web lain yang dipautkan atau diakses melalui laman web ini. Pihak GP Batteries tidak menerima liabiliti untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada sebarang penggunaan atau akses kepada laman web ini atau mana-mana laman web yang dipautkan atau sebarang kebergantungan terhadap mana-mana kandungan dari laman web ini atau mana-mana laman web yang dipautkan dengannya.

 

GP C-Series Customized PowerBank - Terma dan Syarat

Sebelum anda mula melakukan tetapan untuk akaun anda di Laman Web GP Batteries (www.hk.gpbatteries.com) (dirujuk sebagai "Syarikat," atau "GP Batteries"), sila baca Syarat Penggunaan ("Syarat") berikut dengan teliti . Jika anda bersetuju dengan Syarat ini dan ingin menggunakan perkhidmatan GP Batteries ("Perkhidmatan"), sila klik butang "Daftar". Perkara ini akan membentuk perjanjian yang mengikat antara anda dan GP Batteries. Ambil perhatian bahawa sebarang pelanggaran Syarat ini boleh mengakibatkan penamatan Perkhidmatan kami kepada anda.

GP Batteries berhak untuk menukar Syarat ini dari semasa ke semasa. Sila rujuk laman web ini secara berkala untuk mengetahui sebarang perubahan.

1. Had Liabiliti

1.1 GP Batteries, anak syarikat dan syarikat bersekutunya (“Kumpulan”) tidak akan bertanggungjawab terhadap pengguna atau mana-mana pihak lain bagi sebarang kerugian langsung, kerugian berbangkit, atau kerugian tidak langsung - sama ada berdasarkan tort, kontrak, statut, atau sebaliknya (termasuk untuk kecuaian , pelanggaran kontrak, fitnah, atau pelanggaran hak harta intelek tanpa had). Tanpa mengehadkan perkara di atas, dalam apa jua keadaan, Kumpulan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang timbul secara langsung atau tidak langsung,sampingan, berbangkit, punitif, kecederaan peribadi, atau kematian yang timbul daripada sebarang penggunaan, akses kepada , atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web/ maklumat di laman web.

1.2 Laman Web GP Batteries tidak akan bertanggungjawab terhadap pandangan yang dinyatakan oleh pereka bentuk, pengguna, atau pihak ketiga dalam apa jua cara sekalipun. Mereka tidak sepatutnya dan tidak boleh mencerminkan pandangan Syarikat.

1.3 GP Batteries tidak akan bertanggungjawab atas sebarang hantaran Pengguna atau kelakuan memfitnah, atau menyalahi undang-undang mana-mana pihak ketiga, dan risiko bahaya atau kerosakan darpada perkara tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertikaian dengan seorang atau lebih pengguna lain di laman ini, anda tidak boleh mengubah GP Batteries, pegawai, pengarah, pekerja, dan ejennya, daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, ganti rugi, obligasi, kerugian, liabiliti, kos atau hutang, dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman), diketahui dan tidak diketahui, disyaki dan tidak disyaki, didedahkan dan tidak didedahkan, yang timbul akibat daripada (atau berkaitan) dengan pertikaian tersebut.

2. Bimbingan Kandungan

2.1 GP Batteries ialah platform inovatif terbuka yang menggalakkan artis untuk mereka bentuk 'PowerBank' mereka sendiri secara bebas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tema yang dilarang untuk penerbitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kategori yang disenaraikan di bawah:

  • Keganasan dan ancaman
  • Diskriminasi
  • Aktiviti haram
  • Menyinggung agama
  • Berunsurkan fitnah
  • Berunsurkan penipuan
  • Berunsurkan kebencian
  • Perkauman
  • Keganasan seksual
  • Pornografi (lucah)
  • Kesat

Jika karya seni/tajuk/teg/huraian anda mengandungi kandungan di atas, pihak GP Batteries berhak untuk menamatkan akaun anda dan anda perlu memikul semua tanggungjawab yang timbul daripadanya.

2.2 Memandangkan GP Batteries tidak akan dan tidak boleh mengaudit semua kandungan yang dikemukakan, pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas kandungan tersebut. GP Batteries berhak untuk memadam atau mengedit sebarang maklumat yang mengandungi kandungan yang disenaraikan dalam 2.1, atau melanggar hak harta intelek, atau sebab lain yang menjadikan bahan tersebut tidak boleh diterima. Anda bersetuju bahawa GP Batteries boleh mengeluarkan, menerbitkan, menyalin, mengedit, menghantar, atau memaparkan sebarang bahan yang diserahkan. Apabila anda menghantar sebarang kandungan, anda telah memberikan hak kepada penerima untuk meniru visual tersebut. Jika karya seni itu mengandungi sebarang kandungan yang tidak sesuai, pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tanggungjawab dan berhak untuk menolak pencetakannya.

3. Hak Cipta dan Harta Intelek

3.1 Anda dialu-alukan untuk menggunakan sebarang reka bentuk asal atau elemen yang dicipta oleh anda sendiri. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memuat naik, memuat turun, menghantar (di media sosial), menghantar e-mel, atau menghantar sebarang kandungan yang mungkin melanggar mana-mana paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, hak cipta, atau hak intelektual atau hak milik mana-mana pihak yang lain; anda tidak boleh menggunakan imej selebriti atau produk korporat, mahupun imej, teks, atau reka bentuk yang telah anda salin daripada lama web atau enjin carian tanpa kebenaran bertulis daripada pemiliknya. Anda tidak seharusnya mencipta imej "baharu" menggunakan elemen daripada imej yang diciptakan oleh orang lain. Anda perlu memastikan bahawa kandungan tersebut mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan ordinan persekutuan, negeri dan tempatan yang berkenaan.

3.2 GP Batteries menghormati hak cipta dan hak harta intelek orang lain. Pihak Syarikat berhak untuk memadamkan sebarang kandungan yang dianggap berpotensi melanggar hak cipta atau tanda dagangan. Sekiranya anda percaya bahawa hak cipta atau hak harta intelek anda yang lain telah ditiru, sila laporkan kepada kami untuk aduan rasmi.