Pernahkah anda berasa keliru dengan nama dan jenis bateri litium tertentu, atau tertanya-tanya apakah perbezaan antara bateri polimer litium dengan bateri ion litium? Kini anda usah gusar! Dalam rencana ini, kita akan bincangkan semua jenis bateri litium yang biasa digunakan di rumah, termasuklah bateri silinder litium seperti CR123A serta bateri litium bentuk syiling dan bateri sel butang seperti CR2032, disusuli dengan perbincangan tentang kegunaannya. Teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut!
1. Bateri ion litium dan polimer litium
Bateri ion litium dan polimer litium adalah bateri boleh dicas semula yang digunakan dalam alat peribadi dan elektronik seperti telefon, powerbank, dan juga kenderaan elektrik (EV). Perbezaan antara kedua-duanya ialah bateri polimer litium merupakan evolusi lebih terkini berbanding dengan bateri ion litium yang dipasarkan dengan lebih meluas.
Bateri ion lithium kebiasaannya menggunakan elektrolit cecair dan disarung dengan salutan silinder logam, manakala bateri polimer lithium menggunakan elektrolit polimer jenis pepejal atau berupa gel yang boleh disarung di dalam kantung atau sel yang bersifat fleksibel.
2. Bateri sel jenis butang dan syiling litium
Bateri sel jenis butang dan syiling litium berbentuk bulat kecil yang berkuasa tinggi namun tidak boleh dicas semula, banyak digunakan dalam peranti elektronik ringkas seperti kalkulator, kunci fob (key fob), alat kawalan jauh dan jam tangan pintar. Istilah “bateri syiling” dan “bateri sel butang” sering digunakan secara berganti-ganti, kerana kedua-duanya merujuk kepada bateri kecil dan bulat jenis yang sama. Walaupun bateri sel jenis butang dan syiling kebanyakannya terdiri daripada litium, terdapat juga komponen bateri sel butang yang terdiri daripada alkali.
Kami menawarkan rangkaian produk bateri sel jenis butang dan syiling litium seperti GP Lithium Coin Batteries CR2032 dan GP Button Cell-Lithium CR 2016.
3. Bateri silinder litium
Bateri silinder litium, seperti namanya, merupakan rangkaian jenis bateri berbentuk silinder tidak boleh dicas semula yang digunakan bagi pelbagai tujuan, sama ada untuk menghidupkan peralatan di rumah, mengesan pergerakan bahkan untuk menangkap gambar bergantung pada ciri-ciri peralatan elektronik tertentu. Misalnya, bateri GP Lithium CR-P2 kami direka khusus untuk digunakan pada kamera digital manakala bateri GP Lithium CR123A dan GP Lithium 9V kebanyakannya digunakan dalam sistem keselamatan rumah tanpa wayar dan pengesan kebakaran.
4. Bateri Litium AA/AAA
Saiz bateri AA/AAA biasanya boleh didapati dalam bateri alkali sekali guna ataupun bateri hidrida logam nikel boleh dicas semula, namun terdapat juga bateri AA dan AAA jenis litium dalam pasaran, yang membekalkan kuasa yang lebih tinggi dan tahan lebih lama berbanding dengan bateri alkali biasa. Bateri litium AA dan AAA boleh dicas semula dan digunakan dalam semua jenis peralatan di rumah, termasuklah kamera digital, lampu suluh, alat kawalan jauh dan peranti permainan jenis pegang (handheld). Gabungan saiz bateri AA dan AAA yang mudah dipakai dan digunakan secara meluas dan dikuasakan oleh bahan kimia litium memberikan anda ciri terbaik dari kedua-dua jenis bateri.
Bateri litium terdiri daripada beberapa jenis dan digunakan dalam pelbagai situasi, sama ada untuk kegunaan peralatan di rumah ataupun menghidupkan kenderaan elektrik serta untuk kegunaan industri. Walaupun kos bateri ini lebih mahal daripada bateri kimia lain, setiap sen yang anda keluarkan sangat berbaloi dari segi kuasa dan ketahanannya. Jadi, usah tunggu lagi. Mari kita beli bateri litium dan bateri khusus yang terdapat di Bateri GP sekarang!