Kurangkan kos bateri pakai buang dan permudahkan pengalaman pengecasan anda dengan Pengecas GP Recharge B423. Cas 1 hingga 4 biji bateri AA/AAA boleh cas semula secara serentak melalui input USB-C dalam masa 6 jam sahaja. Lampu penunjuk LED membolehkan anda menyemak status pengecasan dengan sekali imbas. Dengan fungsi pengesan bateri rosak dan pemutusan kuasa automatik (auto cut-off) untuk mengelakkan pengecasan berlebihan, anda boleh mengecas semua peranti anda dengan selamat dan mudah, daripada mainan kanak-kanak hingga barangan elektronik.
Cas semula dalam 6 jam
Bekalan kuasa pintar memberikan pengecasan pantas dalam masa 6 jam sahaja untuk 1 hingga 4 biji bateri AA/AAA boleh cas semula melalui input USB-C.
Pengecasan Fleksi
Cas pelbagai saiz bateri secara serentak, termasuk 1 hingga 4 biji bateri NiMH AA/AAA pada satu-satu masa, dengan pengoptimuman pengecasan bagi setiap unit bateri secara individu.
Semakan tahap kuasa bateri
Lampu LED menunjukkan status kuasa bateri anda bagi membantu anda mengenal pasti bateri yang telah habis kuasa (drained) dan mengecasnya semula dengan mudah.
Status pengecasan jelas dan kod QR
Pantau status pengecasan bateri anda dengan jelas melalui lampu LED yang menunjukkan sama ada pengecasan telah selesai atau sedang dalam proses. Imbas kod QR untuk menonton panduan video penggunaan pengecas ini.
Pemutusan automatik yang selamat
Kini anda tidak perlu bimbang tentang pengecasan berlebihan. Ciri pemutusan automatik akan mengesan apabila bateri telah dicas sepenuhnya dan memutuskan bekalan kuasa untuk mengelakkan pengecasan berlebihan atau pemanasan melampau, sekali gus membantu memanjangkan hayat bateri.
Pengesan bateri rosak
Untuk keselamatan tambahan, pengecas bateri AA dan AAA ini dilengkapi dengan sistem pengesan bateri rosak. Jika bateri alkali atau bateri yang tidak sesuai dimasukkan ke dalam pengecas, lampu LED akan berkelip dengan pantas sebagai amaran supaya bateri tersebut dikeluarkan segera.