GP ReCyko Batteries

GP ReCyko Batteries

Bateri GP ReCyko.

Bateri NiMH boleh dicas semula yang direka untuk kehidupan seharian anda. Ia membantu untuk mengurangkan beribu-ribu bateri sekali guna, lalu mengurangkan tekanan terhadap alam sekitar dan dompet anda.

Lihat Rangkaian Penuh GP ReCyko

save more

Lebih Menjimatkan

Sehingga 500 kali caj*
* tertakluk kepada model sel tertentu

do more

Memiliki Kelebihan yang Unggul

Mampu mengekalkan jumlah tenaga sehingga 80% walaupun selepas 12 bulan tidak digunakan

care more

Lebih Peduli

Lebih 10% daripada pembungkusan diperbuat daripada bahan kitar semula, dan lebih 94% daripada keseluruhan pek bateri boleh dikitar semula

Ciri-ciri bateri ReCyko

  • Kitaran hayat yang panjang

    Dijamin bertahan sehingga 500 kali caj

  • Sedia untuk digunakan

    Semua bateri telah dicaj terlebih dahulu dan sedia untuk digunakan apabila ia dibuka daripada pembungkusan

  • Kadar nyahcas sendiri yang rendah

    Mampu mengekalkan jumlah tenaga sehingga 80% walaupun selepas 12 bulan tidak digunakan

  • Berfungsi pada suhu yang ekstrem

    Suhu operasi dari -20°C hingga 50°C

  • Menjimatkan wang

    Dapat menggantikan beribu-ribu bateri sekali guna

  • Mesra alam

    Lebih 10% daripada pembungkusan diperbuat daripada bahan kitar semula, dan lebih 94% daripada keseluruhan pek bateri boleh dikitar semula

Bateri yang lebih berkonsepkan teknologi hijau

Kami merasa bertanggungjawab untuk membangunkan sumber tenaga yang lebih mampan bagi kegunaan kehidupan seharian orang ramai. Itulah sebabnya bateri boleh dicas semula baharu kami telah direka untuk mengurangkan penggunaan sumber, pencemaran, dan sisa ke tapak pelupusan.

Rangkaian bateri boleh dicas semula

Rangkaian penuh bagi bateri yang tahan lama dan mesra alam ini didatangkan dalam kapasiti serta saiz yang berbeza, demi memberi kuasa terhadap semua peranti anda.

  • Pilihan yang lebih bijak

    Adakah anda ingin menjimatkan wang, masa, dan menyelamatkan alam sekitar? Bateri boleh dicas semula ini boleh dicas sehingga 500 kali, dimana ia bersamaan sehingga 4,000 unit bateri sekali guna*.

    *Berdasarkan ujian makmal dalaman GP ​​terhadap pek dua unit bateri ReCyko AAA berbanding bateri GP Super Alkaline dalam kamera digital
  • Sentiasa bersedia

    Oleh disebabkan kadar nyahcas sendiri produk yang rendah, bateri NiMH boleh dicas semula ini sesuai untuk peranti penggunaan berterusan (cth: jam dan alat kawalan jauh TV) serta peranti penggunaan berkala (cth: lampu kepala dan lampu suluh). Tenaga bateri ini mampu kekal sehingga 80% daripada jumlah tenaganya walaupun ia tidak digunakan selama 12 bulan.

  • Sesuai untuk di dalam dan di luar rumah

    Selain peralatan rumah anda, bateri boleh dicas semula ini juga memberikan prestasi yang unggul bagi peranti luar rumah mudah alih anda. Malah ia berupaya berfungsi dalam persekitaran yang paling ekstrem, dengan suhu operasi antara -20°C hingga +50°C.

Sertai revolusi pengecasan hari ini

Kini lebih mudah untuk menjadi seorang pencinta alam sekitar dengan rangkaian bateri boleh dicas semula, pengecas, dan dok pengecasan GP ReCyko!

Lihat Lagi