Demi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, kami membuat penambahbaikan secara berterusan untuk memastikan kecemerlangan Sistem Pengurusan kami terhadap pihak berkepentingan dan pelanggan kami. GP Batteries diperakui dengan ISO9001, ISO14001, OHSAS18001, SA8000, serta perkara berikut:

Pengesahan Keselamatan Global (Global Security Verification - GSV)

Aspek keselamatan adalah penting. Kecemerlangan keselamatan rantaian bekalan kami yang diperakui GSV memastikan urusan perdagangan kami bersama pelanggan sentiasa selamat, dilindungi daripada tindakan pengganas, serta memerangi pemerdagangan haram.

Tanggungjawab Sosial ISO26000

Kami bersuara sebagai jenama global yang cemerlang; bahawa kami menghargai hubungan bersama masyarakat dan alam sekitar. Prestasi tanggungjawab sosial kami diperakui dengan ISO 26000 yang membuktikan janji kami terhadap kebajikan masyarakat dan alam sekitar.

ISO17025

Makmal kami di China dan Singapura diperakui dengan ISO17025 – dimana ia merupakan keperluan am untuk kecekapan makmal ujian dan penentukuran untuk menawarkan perkhidmatan yang paling dipercayai kepada para pelanggan kami.


Butiran Lanjut Mengenai Anugerah dan Pensijilan...