Kabel Pengecasan & Sync USB-C ke USB-C 1M - CC1B
Perkasakan peranti USB-C, tablet, dan komputer riba anda pada kelajuan yang lebih pantas menggunakan pengecasan pantas QC 3.0 dengan output kuasa PD 60W dan nikmati kelajuan penghantaran data yang sepantas 480Mbps. Kabel nilon berjalin dua yang tahan lasak dan bebas berselirat ini berjaya menempuhi 15,000+ ujian lenturan, serta dilengkapi dengan perumah aluminium beranod dan perumah aloi demi memberikan ketahanan yang lebih baik berbanding kabel USB-C standard. Rekaannya merangkumi fabrik rajutan berwarna-warni dan penyusun kabel yang sepadan. Ia bukan sahaja membantu supaya mudah dilihat di dalam beg anda, malah anda tidak perlu lagi mengalami masalah kabel yang berselirat.
Cas, sync, dan pindahkan data pada kelajuan sepantas kilat dengan Kabel Pengecasan & Sync USB-C ke USB-C 1M GP. Ia menyokong pengecasan pantas QC 3.0 dengan output kuasa PD 60W untuk mengecas sebarang peranti (pada kelajuan yang lebih pantas walaupun mengecas komputer riba). Ianya serasi dengan peranti USB-C yang baru dilancarkan, seperti tablet dan komputer riba. Selain itu, anda juga dapat menikmati kelajuan penghantaran data sehingga 480Mbps dengan menggunakan kabel ini.
Lenturan kabel nilon berjalin dua ini diuji sehinga mencapai 15,000+ ujian lenturan; maka menjadikan ia produk yang tahan lasak, tidak berselirat, serta memiliki ketahanan dan fleksibiliti yang unggul. Dari aspek kepanjangan jangka hayat produk ini, perumah aluminium teranod dan perumahan aloi memberikan ketahanan yang lebih baik berbanding kabel USB-C standard. Kabel dengan kepanjangan satu meter ini sesuai untuk pengecasan, sync, dan memindahkan data di mana-mana sahaja, tidak kiralah sama ada di rumah, pejabat, atau semasa dalam perjalanan dengan peranti mudah alih anda. Penyusun kabel yang memiliki ciri pemadanan warna ini juga berguna untuk mengelakkan masalah wayar berselirat dan mengekalkannya dalam keadaan yang baik.
Destinasi / Kawasan
Malaysia (English)Hak cipta terpelihara.