Bateri Sel Beralkali GP 186

Bateri Sel Beralkali GP 186
Deskripsi

Bateri sel beralkali GP 186 direka untuk memperkasakan peranti kecil yang sering anda gunakan; seperti jam tangan, termometer, kalkulator, kunci fob, pembuka pintu garaj, mainan elektronik, dan pelbagai lagi. Ketumpatan tenaga tinggi daripada bateri beralkali GP membekalkan kuasa yang berkekalan terhadap peranti mini hasil daripada pengeluaran voltan yang lebih konsisten. Ia diciptakan dengan teknologi pengedap selamat untuk menawarkan perlindungan lengkap terhadap kebocoran - demi melindungi anda dan peranti anda. Malah, bateri ini juga direka agar mampu bertahan dalam jangka masa yang lama (ciri nyahcas sendiri yang rendah) dan dijamin memiliki jangka hayat sehingga 3 tahun. Sel butang alkali kami bebas merkuri, maka hal ini mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Perkasakan peranti anda dengan rangkaian bateri beralkali khusus GP yang komprehensif. Kini, terdapat lebih banyak model yang boleh anda pilih.

Model yang sepadan: LR43, V12GA, 386, AG12, SR43W

thermometer icon calculator icon remote key icon
Watch Battery
Spesifikasi

Bahan Kimia: Alkali
Voltan Nominal: 1.5V
Dimensi: 11.6 x 3.05 mm
Berat: 1g
Jangka hayat: 3 tahun

Child

Prestasi tahan lama yang tiada tandingannya

Sumber tenaga yang lebih dipercayai dan tahan lebih lama; dihasilkan daripada kepakaran dalam industri bateri selama bertahun-tahun. Teknologi ketumpatan tenaga tinggi dalam produk ini memberikan bekalan tenaga yang konsisten dan output voltan yang stabil untuk menghasilkan masa operasi yang lebih lama. Ianya sangat sesuai untuk peralatan harian seperti jam tangan, termometer, kalkulator, kunci fob, pembuka pintu garaj, mainan elektronik, dan pelbagai lagi.

Work

Penghasilan produk yang penuh dengan ciri keselamatan

Ianya direka oleh pasukan jurutera bateri demi menjamin keselamatan anda dan peranti anda. Teknologi pengedap yang unik menguatkan struktur bateri ini supaya bahan kimia didalamnya disimpan dengan selamat, sekaligus mengelakkan sebarang kebocoran yang biasanya berlaku apabila bateri dicas secara berlebihan atau sekiranya ia berada dalam simpanan untuk tempoh yang lama.

Car Key Battery

Simpan stok untuk situasi yang tidak dijangka

Model ini direka untuk kekal dalam storan selama 3 tahun* tanpa kehilangan sebarang kapasiti elektriknya. Anda boleh menyimpan stok bateri untuk situasi yang tidak dijangka atau semasa kecemasan tanpa merasa bimbang terhadap ciri nyahcas sendirinya apabila ia tidak digunakan. Bateri ini akan sentiasa sedia untuk digunakan apabila anda memerlukannya.

*Simpan di tempat yang sejuk, kering, dan jauh daripada tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung untuk memastikan bateri yang tidak digunakan boleh menyimpan tenaga secara optimum.

Nature

Bekalan tenaga yang lebih bertanggungjawab

Dengan memilih model ini, anda secara proaktifnya memilih bekalan tenaga yang lebih mementingkan alam sekitar - kerana bateri ini tidak mempunyai sebarang merkuri tambahan (0% merkuri ditambah). Merkuri dalam bateri berpotensi mencemari dan meracuni air bawah tanah apabila ianya berakhir di tapak pelupusan sampah.