Bateri Alat Bantu Dengar GP ZA675

Bateri Alat Bantu Dengar GP ZA675
Deskripsi

Ia diciptakan untuk memastikan alat bantu dengar anda dapat berfungsi pada tahap yang terbaik. Bateri alat bantu dengar GP memberikan 50% lebih kuasa*. Ia mampu menyokong bunyi yang jelas serta konsisten pada tempoh yang maksimum. Ia direka untuk memberikan prestasi unggul terhadap alat bantu dengar moden dan menyokong fungsi wayarles baharu supaya instrumen anda kekal bersambung ke peranti iOS / Android, atau sebarang alat audio lain.

*Perbandingan dengan ujian aplikasi standard alat bantu dengar IEC terhadap purata minimum untuk bateri ini. Keputusan mungkin berbeza mengikut jenis peranti dan cara penggunaan.

Model yang sepadan: PR44, 7003ZD, 675, ZA675

hearing aid icon
hearing aid batteries - banner
Spesifikasi

Bahan Kimia: Zink-udara (Zinc air)
Voltan Nominal: 1.45V
Diameter: 11.6mm
Berat: 1.79g
Jangka hayat: 4 tahun
Buatan UK

hearing aid batteries - 50% extra power

50% kuasa tambahan*

Model bateri alat bantu dengar ZA675 kini mampu menyalurkan lebih 50% tenaga* oleh disebabkan teknologi terkini. Anda tidak perlu lagi risau tentang alat bantu dengar anda kehabisan kuasa ketika hari sibuk atau perjalanan yang panjang. Kini anda boleh mendapatkan ketenangan fikiran dengan adanya bateri GP.

*Perbandingan dengan ujian aplikasi standard alat bantu dengar IEC terhadap purata minimum untuk bateri ini. Keputusan mungkin berbeza mengikut jenis peranti dan cara penggunaan.

hearing aid batteries - consistent sound quality

Kualiti bunyi yang konsisten

Reka bentuk dengan ketepatan tinggi serta kawalan kualiti bateri ini memastikan output voltan yang stabil sepanjang hayatnya. Hal ini menjadikan bateri GP memiliki tenaga yang boleh dipercayai untuk memperoleh kualiti bunyi yang konsisten.

hearing aid batteries - designed for wireless hearing aids

Diciptakan untuk alat bantu dengar wayarles

 

Bateri alat bantu dengar ZA675 sesuai untuk penggunaan alat tanpa wayar (wayarles). Ia direka untuk memberikan prestasi unggul terhadap alat bantu dengar moden dan menyokong fungsi wayarles baharu supaya instrumen anda kekal bersambung ke peranti iOS / Android, atau sebarang alat audio lain..

hearing aid batteries - eco-friendly and smart packaging

Pembungkusan pintar dan mesra alam

Pembungkusan kami menggunakan 100% bahan kitar semula, termasuklah plastik lepuh dan kad kertas. Malah, pembungkusan kami direka dengan mekanisme berputar dan tab bateri yang lebih panjang untuk memudahkan pengguna mengeluarkan bateri daripada pembungkusan dan seterusnya meletakkan ke dalam alat bantu dengar.