Bateri GP Bervoltan Tinggi 23AF Bebas Merkuri

Bateri GP Bervoltan Tinggi 23AF Bebas Merkuri
Deskripsi

Bateri Bervoltan Tinggi GP sangat sesuai digunakan bagi sistem alat kawalan jauh yang tercanggih. Ia memenuhi standard tertinggi. Oleh itu, ia sangat sesuai digunakan untuk alat kawalan jauh kereta, peralatan fotografi, dan peranti elektronik lain.

* Tenaga yang tahan lama
* Boleh digunakan untuk pelbagai peranti
* 0% merkuri ditambah

remote key icon medical device icon
Spesifikasi

Bahan Kimia: Alkali
Voltan Nominal: 1.5V
Dimensi: ø10.22 x 28.5 mm
Berat: 7.5g
Jangka hayat: 3 tahun

Prestasi tahan lama yang tiada tandingannya

Sumber tenaga yang lebih dipercayai dan tahan lebih lama; dihasilkan daripada kepakaran dalam industri bateri selama bertahun-tahun. Teknologi ketumpatan tenaga tinggi dalam produk ini memberikan bekalan tenaga yang konsisten dan output voltan yang stabil untuk menghasilkan masa operasi yang lebih lama. Ianya sangat sesuai untuk peralatan harian seperti pembuka pintu garaj, loceng rumah wayarles, kunci pintu rumah elektronik, alat kawalan jauh, kolar anjing, peranti perubatan, dan pelbagai lagi.

Penghasilan produk yang penuh dengan ciri keselamatan

Ianya direka oleh pasukan jurutera bateri demi menjamin keselamatan anda dan peranti anda. Teknologi pengedap yang unik menguatkan struktur bateri ini supaya bahan kimia didalamnya disimpan dengan selamat, sekaligus mengelakkan sebarang kebocoran yang biasanya berlaku apabila bateri dicas secara berlebihan atau sekiranya ia berada dalam simpanan untuk tempoh yang lama.

Simpan stok untuk situasi yang tidak dijangka

Model ini direka untuk kekal dalam storan selama 3 tahun* tanpa kehilangan sebarang kapasiti elektriknya. Anda boleh menyimpan stok bateri untuk situasi yang tidak dijangka atau semasa kecemasan tanpa merasa bimbang terhadap ciri nyahcas sendirinya apabila ia tidak digunakan. Bateri ini akan sentiasa sedia untuk digunakan apabila anda memerlukannya.

*Simpan di tempat yang sejuk, kering, dan jauh daripada tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung untuk memastikan bateri yang tidak digunakan boleh menyimpan tenaga secara optimum.

Bekalan tenaga yang lebih bertanggungjawab

Dengan memilih model ini, anda secara proaktifnya memilih bekalan tenaga yang lebih mementingkan alam sekitar - kerana bateri ini tidak mempunyai sebarang merkuri tambahan (0% merkuri ditambah). Merkuri dalam bateri berpotensi mencemari dan meracuni air bawah tanah apabila ianya berakhir di tapak pelupusan sampah.