Bateri GP Bervoltan Tinggi 27A

Bateri GP Bervoltan Tinggi 27A
Deskripsi

Bateri bervoltan tinggi GP 27A ialah pilihan terbaik anda untuk menguasakan peranti seperti pembuka pintu garaj, loceng rumah wayarles, kunci pintu elektronik, alat kawalan jauh, kolar anjing, dan peranti perubatan. Ia diciptakan untuk memberikan output kuasa maksimum yang tahan lama secara stabil sepanjang tempoh penggunaan, seiring dengan teknologi masa kini yang sangat memerlukan tenaga. Malah, kejuruteraan rekaannya yang mengutamakan teknologi keselamatan menawarkan perlindungan lengkap terhadap kebocoran. Hal ini memastikan keselamatan yang tinggi bagi anda dan peranti anda. Bateri ini direka agar bertahan lama seiring masa dan dijamin memiliki jangka hayat sehingga 3 tahun. Sel butang beralkali kami bebas merkuri, maka ia mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Perkasakan peranti anda dengan rangkaian komprehensif bateri beralkali khusus GP, kini dengan lebih banyak model untuk dipilih.

Model yang sepadan: A27, MN27, V27A, 27

remote key icon medical device icon
Car Key Battery
Spesifikasi

Bahan Kimia: Alkali
Voltan Nominal: 1.5V
Dimensi: 8.0 x 28.2 mm
Berat: 4.4g
Jangka hayat: 3 tahun

Car Key Battery

Prestasi tahan lama yang tiada tandingannya

Sumber tenaga yang lebih dipercayai dan tahan lebih lama; dihasilkan daripada kepakaran dalam industri bateri selama bertahun-tahun. Teknologi ketumpatan tenaga tinggi dalam produk ini memberikan bekalan tenaga yang konsisten dan output voltan yang stabil untuk menghasilkan masa operasi yang lebih lama. Ianya sangat sesuai untuk peralatan harian seperti pembuka pintu garaj, loceng rumah wayarles, kunci pintu rumah elektronik, alat kawalan jauh, kolar anjing, peranti perubatan, dan pelbagai lagi.

Delivery

Penghasilan produk yang penuh dengan ciri keselamatan

Ianya direka oleh pasukan jurutera bateri demi menjamin keselamatan anda dan peranti anda. Teknologi pengedap yang unik menguatkan struktur bateri ini supaya bahan kimia didalamnya disimpan dengan selamat, sekaligus mengelakkan sebarang kebocoran yang biasanya berlaku apabila bateri dicas secara berlebihan atau sekiranya ia berada dalam simpanan untuk tempoh yang lama.

Couple

Simpan stok untuk situasi yang tidak dijangka

Model ini direka untuk kekal dalam storan selama 3 tahun* tanpa kehilangan sebarang kapasiti elektriknya. Anda boleh menyimpan stok bateri untuk situasi yang tidak dijangka atau semasa kecemasan tanpa merasa bimbang terhadap ciri nyahcas sendirinya apabila ia tidak digunakan. Bateri ini akan sentiasa sedia untuk digunakan apabila anda memerlukannya.

*Simpan di tempat yang sejuk, kering, dan jauh daripada tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung untuk memastikan bateri yang tidak digunakan boleh menyimpan tenaga secara optimum.

Nature

Bekalan tenaga yang lebih bertanggungjawab

Dengan memilih model ini, anda secara proaktifnya memilih bekalan tenaga yang lebih mementingkan alam sekitar - kerana bateri ini tidak mempunyai sebarang merkuri tambahan (0% merkuri ditambah). Merkuri dalam bateri berpotensi mencemari dan meracuni air bawah tanah apabila ianya berakhir di tapak pelupusan sampah.