Bateri Syiling Litium GP CR1620

Bateri Syiling Litium GP CR1620
Deskripsi

Bateri syiling litium GP CR1620 yang berprestasi tinggi padat dengan tenaga dan mampu memberikan 30% lebih kuasa* terhadap peranti khusus mini anda termasuklah kunci kereta, alat kawalan jauh, jam tangan pintar, glukometer, peranti rumah pintar, peranti IoT, serta sensor pintu dan tingkap. Ia memiliki ciri pemeliharaan tenaga yang luar biasa dan jangka hayat sehingga 10 tahun apabila disimpan dengan cara yang betul. Bateri anda tidak akan kehabisan tenaga sekiranya ia disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Bateri ini direka untuk berprestasi walaupun dalam keadaan persekitaran yang ekstrem; dimana ia mampu beroperasi dalam persekitaran bersuhu sekitar - 20°C hingga +60°C. Bagi kami, keselamatan menjadi keutamaan – bateri ini bukan sahaja direka dengan rekaan kalis bocor untuk melindungi peralatan anda, malah pembungkusannya (pembungkusan tahan kanak-kanak ) juga direka dengan teliti demi melindungi orang yang anda sayangi.

Di mana terdapatnya bateri litium GP, di situlah terdapatnya tenaga yang boleh anda percayai.

Model yang sepadan: DL1620, 1620

Translation missing: ms.products.product.icons.icon_20_remote-key.png Translation missing: ms.products.product.icons.icon_03_thermometer.png Translation missing: ms.products.product.icons.icon_34_watch.png Translation missing: ms.products.product.icons.icon_09_Home-security
women checking sports watch
Spesifikasi

Bahan Kimia: Litium
Voltan Nominal: 3V
Dimensi: ⌀16.0 x 2.0 mm
Berat: 1.2g
Jangka hayat: 10 tahun

unrivalled lasting power

Kuasa berkekalan yang tiada tandingannya

Teknologi termaju bateri syiling litium ini membolehkan sejumlah besar kuasa dihantar dengan kecekapan yang konsisten dan unggul. Ia memberikan tenaga tambahan yang anda dan peranti anda perlukan. Produk ini direka oleh pakar bateri dan telah dioptimumkan khas bagi peranti khusus mini anda seperti kunci kereta, termometer, jam tangan pintar, alat pembuka pintu garaj, dan pelbagai lagi.

power through the ups and downs

Memperkasakan kehidupan anda dalam apa jua keadaan

Bateri litium ini mampu beroperasi dan nyahcas dengan prestasi cekap tenaga yang luar biasa walaupun dalam keadaan sejuk dan panas yang ekstrem; dari suhu -20°C hingga +60°C. Ia bagaikan sahabat yang boleh anda percayai, kerana bateri ini menyediakan sumber tenaga yang anda harapkan dalam apa jua keadaan sekalipun.

as fresh as day 1

Bekalan tenaga yang berkekalan seperti hari pertama ia dihasilkan

Bateri litium GP anda tidak akan menua. Ia mampu menyimpan tenaga sehingga 10 tahun* - dimana tenaganya berkekalan seperti hari pertama ia dihasilkan. Elakkan panik akibat kehabisan tenaga dengan menyimpan stok bateri untuk kecemasan tanpa rasa bimbang tentang ciri nyahcas sendiri produk tersebut!

*Simpan di tempat yang sejuk, kering, dan jauh daripada tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung untuk memastikan bateri yang tidak digunakan boleh menyimpan tenaga secara optimum.

designed and tested for safety

Direka dan diuji untuk keselamatan

Ia diciptakan dengan ketepatan yang konsisten. Setiap bateri dinilai dan diuji dari segi kualitinya sebelum ia menuju kepada anda. Ciri struktur bateri litium GP yang dijamin menghalang kebocoran terbukti mengikut piawaian ketat keselamatan antarabangsa (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) setelah ianya diuji oleh pihak berkuasa sains keselamatan global UL. Jelasnya, inilah bateri yang boleh anda percayai.

keep accidents at bay

Menjauhkan sebarang kemalangan

Pembungkusan tahan kanak-kanak kami direka dengan teliti demi mengelakkan sebarang risiko bahaya. Bateri tersebut hanya boleh diakses menggunakan gunting, maka ibu bapa boleh menghalang anak kecil mereka yang penuh dengan sifat ingin tahu itu daripada mendapatkan bateri syiling kecil tersebut. Walau bagaimanapun, anda masih disyorkan untuk menyimpan bateri itu di tempat yang jauh dari capaian kanak-kanak. Sekiranya berlakunya insiden tertelan secara tidak sengaja, sila dapatkan nasihat perubatan dengan segera.