Bateri syiling litium GP CR2025 yang berprestasi tinggi padat dengan tenaga dan mampu memberikan 30% lebih kuasa* terhadap peranti khusus mini anda termasuklah kunci kereta, alat kawalan jauh, jam tangan pintar, glukometer, peranti rumah pintar, peranti IoT, serta sensor pintu dan tingkap. Ia memiliki ciri pemeliharaan tenaga yang luar biasa dan jangka hayat sehingga 10 tahun apabila disimpan dengan cara yang betul. Bateri anda tidak akan kehabisan tenaga sekiranya ia disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Bateri ini direka untuk berprestasi walaupun dalam keadaan persekitaran yang ekstrem; dimana ia mampu beroperasi dalam persekitaran bersuhu sekitar - 20°C hingga +60°C. Bagi kami, keselamatan menjadi keutamaan – bateri ini bukan sahaja direka dengan rekaan kalis bocor untuk melindungi peralatan anda, malah pembungkusannya (pembungkusan tahan kanak-kanak ) juga direka dengan teliti demi melindungi orang yang anda sayangi**.
Di mana terdapatnya bateri litium GP, di situlah terdapatnya tenaga yang boleh anda percayai.
*berbanding ujian standard IEC terhadap jenis bateri yang sama. Keputusan mungkin berbeza mengikut jenis peranti dan cara penggunaan.
**Pembungkusan tahan kanak-kanak tersedia bagi model yang tertentu.
Model yang sepadan: DL2025, 2025