Bateri Litium GP Pro CR123A

Bateri Litium GP Pro CR123A
Deskripsi

GP Lithium Pro CR123A membantu anda mengatasi masalah tenaga yang lemah bagi kegunaan harian.

Ia direka dengan kejuruteraan untuk isi rumah pintar. Malah, ia juga direka untuk peralatan keselamatan dan perubatan yang memerlukan tenaga tinggi seperti IP kamera tanpa wayar, penderia gerakan, dan peralatan perubatan. Ia membolehkan penggunaan prestasi puncak untuk jangka masa yang lebih lama dengan kapasiti kuasa lebih daripada 40% *, maka mengurangkan penggantian bateri yang kerap. Ia memiliki keupayaan pengendalian pada suhu panas dan sejuk yang melampau (dari -40°C hingga +60°C) serta jangka hayat yang luar biasa iaitu sehingga 10 tahun. Anda boleh menyimpan stok tanpa rasa bimbang terhadap keupayaannya untuk nyahcas ketika dalam simpanan*. Produk ini menawarkan perlindungan mutlak untuk anda dan peranti anda. Kualiti produk kami mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.

Tenaga yang boleh anda percayai terdapat pada bateri GP Lithium.

*Perbandingan dengan bateri CR123A melalui ujian IEC standard. Perbezaan keputusan tertakluk kepada cara penggunaan dan kegunaan terhadap peranti yang berbeza.
**Simpan di tempat yang sejuk dan kering jauh, serta elakkan dari tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung untuk memastikan penyimpanan tenaga optimum dalam bateri yang tidak digunakan.

Model yang sepadan: CR17345, 123, DL123A

flashlight icon Translation missing: ms.products.product.icons.icon_25_GPS-tracker Translation missing: ms.products.product.icons.icon_09_Home-security medical device icon motion sensor icon baby monitor icon camera icon sport optics icon smoke sensor icon Translation missing: ms.products.product.icons.icon_21_IP-camera
Flashlight Beam
Spesifikasi

Bahan Kimia: Litium        
Voltan Nominal: 3V        
Dimensi: ⌀17 x 34.5m        
Berat: 16g        
Jangka hayat: 10 tahun

Travel

Tenaga yang mampu bertahan lama

GP Lithium Pro CR123A adalah sumber tenaga yang boleh anda percayai. Ia dilengkapi dengan tenaga yang tahan lebih lama dan memiliki lebih 40% kapasiti tenaga*. Ia berupaya memberikan tenaga terhadap sebarang alat yang memerlukan input tenaga tinggi seperti peranti keselamatan dan perubatan; misalnya alat pengesan asap dan kit penyelamat AED.

*Perbandingan dengan bateri CR123A melalui ujian IEC standard. Perbezaan keputusan tertakluk kepada cara penggunaan dan kegunaan terhadap peranti yang berbeza.

power through the ups and downs

Tenaga yang kalis daripada cuaca ekstrem

Bekalkan peranti anda dengan tenaga yang stabil supaya anda boleh menggunakannya pada kecekapan maksimum, walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk sepanjang hayat perkhidmatan bateri tersebut. Elakkan daripada mengalami penurunan voltan secara mendadak - dimana ia sering berlaku apabila berada dalam keadaan persekitaran suhu rendah. Bateri Litium ini diyakini mampu terus beroperasi dan melepaskan tenaga dengan prestasi cekap yang luar biasa walaupun dalam keadaan sejuk atau panas yang melampau (dari -40°C hingga +60°C). Ia mampu mengiringi pengembaraan anda yang paling mencabar, serta pengembaraan yang paling sejuk supaya anda kekal berhubung dengan peranti anda.

as fresh as day 1

Kekal berkuasa seperti hari pertama

Bateri litium GP anda tidak akan terkesan walaupun disimpan dalam jangka masa yang lama. Tenaganya masih sama seperti hari pertama ia diciptakan. Ia mampu menyimpan tenaga sehingga 10 tahun*. Elakkan daripada panik ketika kehabisan tenaga peranti dengan menyimpan stok untuk situasi kecemasan - tanpa rasa takut bateri itu kehabisan tenaga dengan sendirinya secara sia-sia!

*Simpan di tempat yang sejuk dan kering, serta elakkan dari tempat yang terkena cahaya matahari secara langsung untuk memastikan tenaga optimum disimpan dalam bateri yang tidak digunakan.

designed and tested for safety

Direka dan diuji untuk keselamatan

Ia diciptakan dengan ketepatan yang konsisten. Setiap bateri dinilai dan diuji dari segi kualitinya sebelum menuju kepada anda. Bateri litium GP direka dengan struktur yang kukuh, dijamin mampu menghalang kebocoran. Seterusnya, ia diuji oleh pihak berkuasa sains keselamatan global UL serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - dan terbukti mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat. Ternyata, inilah bateri yang boleh anda percayai..