Bateri GP ReCyko 1300mAh AA (2 battery pack)

Bateri GP ReCyko 1300mAh AA (2 battery pack)
Deskripsi

Bateri NiMH AA ini mempunyai ciri mesra alam iaitu ia boleh dicas semula. Ciri ini dibina demi mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan dompet anda.

cordless phone icon motion sensor icon radio icon alarm clock icon home phone icon remote control icon

Bateri ini memiliki hayat kitaran sehingga 500 kali. Hal ini bermaksud tenaga daripada pek bateri (yang terdiri daripada 4 unit bateri) ini bersamaan dengan lebih daripada 6,000 bateri sekali guna* Ia didatangkan dalam keadaan pra-cas dan sedia untuk digunakan oleh pengguna. Malah, ia juga berupaya untuk kekal pada tahap 80% dicas walaupun selepas 12 bulan ianya tidak digunakan kerana produk ini memiliki kadar nyahcas sendiri yang rendah. Oleh disebabkan keupayaan suhu operasinya antara -20 °C hingga +50 °C, ia memberikan prestasi yang boleh dipercayai walaupun dalam persekitaran yang ekstrem.

Ciri kemampanan? Ya, sudah tentu. Bateri ini mempunyai perakuan ECV dan lebih 10% daripada produk ini diperbuat daripada bahan kitar semula (secara amnya, bateri yang diperbuat daripada bahan kitar semula mengurangkan penggunaan tenaga, penggunaan bahan mentah segar, dan pencemaran). Lebih 94% daripada keseluruhan pek bateri ini (termasuk kotak bungkusan) juga boleh dikitar semula.

*Daripada ujian makmal dalaman GP, ​​dibandingkan dengan bateri GP Super Alkaline dalam kamera digital.

Spesifikasi