Bateri Recyko Charge 10 AA 1,700mAh (Pek 4 unit bateri)

Bateri Recyko Charge 10 AA 1,700mAh (Pek 4 unit bateri)
Deskripsi

Bateri NiMH boleh dicas semula Recyko Charge 10 AA 1700mAh mengandungi bahan kimia yang direka khas untuk membolehkan ia dicas sepantas 10 minit* dengan Pengecas 'Ultra-Fast Charge 10'. Ia sesuai untuk peranti yang memerlukan tenaga intensif disebabkan ciri atribut berprestasi tinggi dan hayat kitarannya yang sebanyak 700 kali**. Bateri ini didatangkan dalam keadaan pra-caj dan sedia untuk digunakan. Malah, ia mampu mengekalkan sehingga 80% tenaga walaupun selepas 12 bulan ianya tidak digunakan. Suhu operasinya yang berada dalam lingkungan -20°C hingga +50°C membolehkan ia menunjukkan prestasi yang boleh dipercayai walaupun dalam persekitaran yang ekstrem.

*Berdasarkan ujian dalaman oleh GP bagi purata peratusan kapasiti bateri yang dicas selepas 10 minit pada Mei 2021. Ia dikira daripada hasil ujian terhadap 5 pengecasan serentak bagi 4 unit bateri AA Charge 10 1700mAh baharu sehinggalah mencapai kapasiti 90%+ pada 20°C, serta diikuti dengan proses nyahcas bateri mengikut IEC 61951-2.

**700 kali kitaran pengecasan bateri adalah berdasarkan ujian dalaman oleh GP mengikut IEC 61951-2, dimana pengecasan dalam mod 'Eco' bagi Pengecas 'Ultra-Fast Charge 10' dilakukan. Hayat kitaran adalah berbeza mengikut cara penggunaan. Jika ianya dicas secara eksklusif dalam mod 'Ultra-Fast' pada 10A, kitaran pengecasan bateri tersebut mampu mencecah sehingga 250 kali.

Recyko Charge 10
Spesifikasi
  • Kapasiti: 1,700mAh
  • Saiz: AA
  • Voltan: 1.2V
  • •90%+ kapasiti untuk 1-4 unit bateri Charge 10 AA 1700mAh dalam tempoh 10 minit
  • 3 kali ganda lebih pantas daripada pengecas terpantas jenama terkemuka lain*
  • Pengekalan caj: Sehingga 80% selepas 12 bulan
  • Hayat Kitaran: Sehingga 700 kali
  • Suhu operasi: -20°C hingga +50°C
  • Berat: 26.2g