Pengecas Pantas (Speed ​​Charger) GP ReCyko (USB) M451 dengan 4-slot NiMH berserta 4 x Bateri NiMH AA 2,600mAh (Siri 2700)

Pengecas Pantas (Speed ​​Charger) GP ReCyko (USB) M451 dengan 4-slot NiMH berserta 4 x Bateri NiMH AA 2,600mAh (Siri 2700)
Deskripsi

Pengecas yang lebih bergaya dan lebih pantas, didatangkan dengan ciri keselamatan pintar dan ciri teknikal yang mampu mengecas sehingga empat bateri AA atau AAA serentak. Di samping itu, ciri penutup berlubang tambahan membolehkan ia menjadi bekas simpanan bateri yang kukuh dan memastikan bateri anda dilindungi dengan baik sama ada di rumah atau dalam perjalanan.

recyko speed charger - camping map

Pengecasan penuh melalui sambungan USB hanya mengambil masa selama 2+ jam untuk dua bateri, manakala 4+ jam untuk empat bateri (bateri AA 2,100mAh). Paparan LED dwi warna menunjukkan status pengecasan serta signal amaran sekiranya bateri sekali guna atau bateri rosak ditempatkan pada pengecas tersebut. Malah, terdapat satu lagi perincian keselamatan bagi produk ini iaitu pemotongan kuasa auto (fungsi memberhentikan pengecasan secara automatik) dengan menggunakan delta V negatif, pemotongan suhu, dan perlindungan pemasa keselamatan. Ia membantu anda untuk mengelakkan pengecasan berlebihan, lebihan voltan, dan litar pintas. Malahan, ia juga mengelakkan kerosakan terhadap jangka hayat bateri.

Pengecas serba boleh ini berfungsi melalui sambungan USB atau mana-mana dok pengecasan GP ReCyko (ia diciptakan khas untuk model pengecas ReCyko B421, M451, dan P461). Ia disertakan dengan empat bateri boleh dicas semula bersaiz AA 2,600mAh. Kini, anda boleh menggunakan penyelesaian pengecasan optimum ini.

Spesifikasi