10 Tabiat Harian untuk Pertingkatkan Kualiti Hidup serta Lapangkan Minda dan Tubuh Badan

Lapangkan tubuh badan dan minda anda dalam masa 10 minit! Teroka 10 tabiat harian yang dapat membantu anda menambah baik kehidupan (seperti bermeditasi muhasabah diri) supaya kekal positif

07.10.2024

1. 10 Minutes of Creating

Mencipta sesuatu dari mula boleh memberikan kepuasan dan mendatangkan kedamaian di jiwa. Anda tidak semestinya perlu ‘berseni’ untuk menjadi kreatif. ‘Karya kreatif’ boleh jadi apa-apa sahaja, sama ada menulis kod, mencipta resipi baharu bahkan mengisi teka-teki silang kata, asalkan aktiviti tersebut anda nikmati dan membuatkan sel-sel otak anda berhubung.

Kelestarian sudah menjadi budaya kami, kami fokus mengurangkan penghasilan sisa sepanjang proses pengeluaran produk sebagai salah satu usaha memelihara alam sekitar. Semasa mencipta dan melaksanakan projek, menjadi tanggungjawab individu untuk menggunakan setiap bahan dengan berhemat. Anda boleh guna semula bahan yang tidak boleh dikitar semula menjadi barang kegunaaan dan kraf tangan, seperti bekas menyimpan pen atau pasu gubahan daripada membuangnya. Hal ini bukan sahaja mengurangkan sisa dan jumlah barangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah dari rumah anda, bahkan dapat membantu anda mencipta objek unik yang anda sahaja miliki. Baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut akan inisiatif kelestarian kami di Hong Kong dan cara kami berusaha untuk menjadikan Bumi lebih mesra hijau.


 

2. 10 Minit Bergerak

Kehidupan yang sibuk hari ini menyukarkan kita mencari masa bersenam dan bergerak dalam kehidupan seharian. Namun jika anda letak target untuk luangkan masa hanya selama 10 minit untuk rutin ‘bergerak‘ (mengikut intensiti yang anda selesa) setiap hari, tentunya hal ini lebih mudah diurus dan dicapai. Dengan bergerak, enam organ utama di dalam badan seperti otot, tulang, sendi, otak, jantung, dan peparu menjadi lebih sihat. Yang penting, elakkan diri daripada duduk atau berdiri setempat dan cuba gerakkan badan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali sehari

Bagi yang suka bersenam, alat kecergasan sudah menjadi kemestian untuk melengkapkan rutin senaman. Di mana-mana sahaja anda berada, caj jam tangan pintar sehingga penuh sebelum keluar bersukan supaya tidak mati di tengah-tengah larian.

3. 10 Minit Belajar

Luangkan masa selama 10 minit setiap hari untuk pelajari perkara baharu. Sama ada membaca, mendengar audio siar (podcast), ataupun tonton video berilmiah, selitkan usaha menambah ilmu pengetahuan selama 10 minit dalam aktiviti seharian untuk merangsang minda, hal ini amat berharga.

Kita semua percaya dengan nilai ilmu pengetahuan. Untuk dapatkan fakta dan tip berkenaan bateri, layari blog kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang bateri untuk kegunaan seharian, amalan terbaik penggunaan bateri, dan perkara yang boleh anda lakukan untuk mempertingkatkan kualiti hidup tanpa mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar.

4. 10 Minit untuk Mengecas Semula

Penting untuk kita ambil masa berehat pada waktu tertentu untuk elakkan diri kita daripada lemah-longlai dan lesu upaya. Luangkan masa selama 10 minit setiap hari untuk menyegarkan minda dan tubuh badan. Hal ini boleh dilakukan melalui senaman, meditasi muhasabah diri, aktiviti santai atau aktiviti yang merangsang minda, apa-apa sahaja yang membantu anda kembali memberikan tumpuan dan membangkitkan tenaga.

Sewaktu mengecas semula minda dan tubuh badan, guna masa selama 10 minit* itu untuk mengecas peranti berkuasa bateri kepunyaan anda. Recyko Charge 10 yang terbaru membantu anda mengecas bateri AA Charge 10 dalam masa hanya selama 10 minit*. Jika anda sedang dalam perjalanan, Charge 10 akan membantu anda memastikan peralatan berkuasa tinggi dan peranti yang kuat makan bateri terus hidup.

*Berdasarkan ujian dalaman peratusan kapasiti bateri yang dicas selepas 10 minit pada bulan Mei 2021 oleh GP. Dihitung daripada proses mengecas 4 unit bateri Charge 10 1700 mAh AA baharu 5 kali secara serentak kepada kapasiti 90% dan ke atas pada suhu 20 °C, disusuli dengan nyahcas bateri mengikut IEC 61951-2.

5. 10 Minit Mengatur Ruang

Berehat sejenak dari keadaan huru-hara dan luangkan masa selama 10 minit untuk mengatur ruang tempat anda. Tabiat sebegini mungkin nampak kecil namun memberikan pulangan yang cukup bernilai. Selain daripada persekitaran yang kemas, tabiat harian yang ringkas sebegini dapat membantu anda mengurangkan tekanan, mempertingkatkan produktiviti, dan meningkatkan kesejahteraan mental.

6. 10 Minit Berhubung

Dalam kehidupan yang serba pantas, luangkan masa selama 10 minit untuk berhubung dengan orang yang tersayang, sudah tentu nilainya tak terhitung. Masa berkualiti yang diluangkan menjadi nadi sesuatu perhubungan, sekalipun pada saat dihimpit kesibukan, hubungan yang renggang mampu terjalin kembali melalui panggilan telefon selama beberapa minit atau mesej dari isi hati yang tulus ikhlas.

7. 10 Minit Bermuhasabah Diri

Untuk sesiapa yang inginkan perubahan, cuba luangkan masa selama 10 minit setiap hari untuk bermuhasabah diri. Muhasabah seketika membolehkan anda melihat pada perspektif, menilai matlamat hidup, dan memupuk perkembangan diri. Percayalah dengan keberkesanan muhasabah diri dan terokai manfaatnya terhadap kesejahteraan hidup anda secara menyeluruh.

8. 10 Minit Bersyukur

Pupuk tabiat bersyukur dengan luangkan masa hanya selama 10 minit setiap hari, pastinya perspektif anda terhadap hidup berubah dengan ketara. Luangkan sedikit masa untuk berfikir tentang aspek yang positif dalam kehidupan anda, catat perkara yang buatkan anda bersyukur. Amalan ini membantu membangkitkan mood, mengurangkan tekanan, dan memberikan kita sinar untuk menghargai kehidupan.

9. 10 Minit Meningkatkan Kemahiran

Terokai potensi diri anda yang sebenar dengan luangkan masa hanya 10 minit setiap hari untuk mempertingkatkan kemahiran. Sama ada asah kemahiran berkraf tangan atau ralit dengan hobi, anda boleh mencapai kemajuan diri melalui rutin harian yang singkat ini. Nikmati perjalanan menambah baik diri dan kenali potensi diri melalui pembangunan kemahiran secara berterusan.

Dalam menelusuri proses tersebut, sudah tentu bateri memainkan peranan yang penting. Cas peranti yang anda guna sewaktu mempertingkatkan kemahiran, sama ada instrumen digital, kamera, atau alat elektronik lain. Rangkaian bateri yang kami tawarkan memastikan peranti anda sentiasa dihidupkan dengan kuasa bateri yang boleh dipercayai secara berterusan, membolehkan anda memberikan tumpuan untuk memantapkan kemahiran tanpa gangguan. Tingkatkan pengalaman pembelajaran dan hargai setiap detik dalam usaha mengasah kemahiran diri dengan sokongan alatan pembekal kuasa elektronik yang boleh dipercayai di GP Batteries.

10. 10 Minit Merancang

Salah satu cara untuk mempertingkatkan produktiviti adalah dengan meluangkan masa selama 10 minit setiap hari untuk membuat perancangan yang teliti. Pelaburan masa yang tampak sederhana ini boleh memberikan pulangan yang ketara, memberikan anda hala tuju untuk melalui hari-hari yang mendatang dan membantu anda bekerja dengan lebih cekap sepanjang hari.

Kunci untuk Memperoleh Kehidupan yang Lebih Positif Hanya dengan 10 Langkah

Dengan sekadar menzahirkan rasa syukur terhadap impak positif hasil daripada perancangan teliti, kita hanya perlu luangkan masa hanya selama 10 minit namun kesannya cukup besar terhadap kualiti pengalaman seharian kita. Dalam usaha memupuk tabiat ini, jangan lupa teman setia yang membolehkan kita terus melangkah, sudah tentulah bateri simpanan anda! Bateri yang bermutu memastikan peranti kita sentiasa dicas dan dapat membantu kita membiasakan diri dengan tabiat positif, supaya dapat sentiasa menambah baik diri dari masa ke masa.

Oleh itu, jangan bertangguh untuk dapatkan bateri cas semula GP Recyko yang kami tawarkan untuk pastikan peranti anda sentiasa dicas. Rancakkan hidup anda dengan GP Batteries supaya setiap detik yang anda lalui sentiasa bermakna.