Pengecas baharu yang mengubah industri bateri dan penyelesaian bateri yang mampu mengecas sehingga 4 bateri dalam masa 10 minit sahaja**

London/Stockholm/Copenhagen/Helsinki/Oslo, 2 November 2021 – GP Batteries, perintis bagi kategori boleh dicas semula dan salah satu pembekal bateri utama di dunia, kini melancarkan pengecas bateri NiMH terpantas di dunia*, Recyko Charge 10. Pengecas ini boleh mengecas semula sehingga empat bateri AA Charge 10 secara serentak dalam masa 10 minit**. Ia memiliki kelajuan pengecasan tiga kali lebih pantas daripada pengecas lain yang berprestasi bagus di pasaran*.

“Inilah pengecas yang diidamkan oleh pasaran. Masa pengecasan semula yang panjang lama menjadi salah satu halangan terbesar bagi pengguna untuk beralih daripada bateri sekali guna kepada bateri boleh dicas semula. Nasib baik banyak kemajuan yang telah berlaku sejak bateri boleh dicas semula diperkenalkan pada bertahun-tahun yang lalu. Malah, kami sangat teruja untuk membawa penyelesaian bagi pengecasan semula generasi baharu ini ke pasaran.”

Encik Michael Lam, Pengarah GP Batteries International Ltd

Produk bateri yang boleh dicas semula dan pengecas yang berprestasi tinggi dan mampan merupakan sebahagian daripada jenama Recyko. Oleh itu, usaha untuk mengurangkan penggunaan bateri sekali guna telah menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini. Charge 10 ialah fasa seterusnya dalam evolusi kemampanan pengecasan semula yang baharu ini.

“Kini, peralihan kepada bateri boleh dicas semula merupakan salah satu langkah paling mudah yang boleh anda lakukan untuk menjalani gaya hidup yang lebih mampan. Peningkatan penggunaan bateri boleh dicas semula dan tahap kitar semula yang lebih tinggi memiliki kepentingan yang sama demi memperoleh penggunaan bateri yang mampan. Dengan rangkaian produk Charge 10, anda boleh menjimatkan masa dan wang, serta menyelamatkan alam sekitar daripada beribu-ribu bateri”

Adam Stent, Pengurus Jualan & Pemasaran di GP Batteries UK

“Kini, kami mampu menciptakan produk berinovasi yang unggul dengan pengalaman selama berdekad-dekad dalam inovasi bateri boleh dicas semula. Perkara yang menjadikan inovasi kami menonjol ialah disebabkan pasukan kami yang memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam, di samping pemahaman menyeluruh tentang kes penggunaan sebenar dan gelagat pengguna. Pemahaman terhadap asas teknikal dalam industri, dan sentiasa memiliki pemikiran terbuka terhadap perkembangan baharu dalam industri serta dalam kehidupan pengguna merupakan perkara yang penting. Oleh yang sedemikian, kami telah bekerjasama dengan pasukan kejuruteraan yang berbeza untuk pembangunan mekanikal, elektrikal, dan perisian, sekali gus membolehkan kami mereka produk multidisiplin yang sangat kompleks,” kata Michael Lam.

Charge 10 memaparkan reka bentuk ultra-kompak yang jauh lebih kecil daripada pengecas pantas lain kerana penyesuai kuasa yang terbina di dalamnya. Hal ini menjadikan ia mudah dibawa semasa dalam perjalanan. Semua fungsi disepadukan dengan lancar; daripada lampu pengecasan sehinggalah pada butang mod pengecasan, Malahan, ia memiliki paparan dan akses mudah terhadap bateri boleh dicas semula.

Andrea Locatelli

Andrea Locatelli, Pengasas dan Pengarah Kreatif di Nonominal dan Pereka Charge 10

“Reka bentuk produk boleh menjadi alat yang berkuasa. Oleh itu, kali ini kami telah menciptakan reka bentuk yang menjadikan anda lebih mudah untuk membuat peralihan kepada produk boleh dicas semula berbanding sebelum ini . Matlamat kami adalah untuk menjadikan produk tersebit tidak mengganggu secara visual dan sesuai dalam sebarang persekitaran di rumah - dari dalam beg galas seinggalah ke meja pejabat yang sibuk."

Ketahui Lebih Lanjut

Caj 10 menggunakan algoritma pengecasan unik yang mengoptimumkan arus pengecasan supaya bateri dicas dalam masa yang paling pantas, bergantung pada jenis, keadaan, dan suhu bateri secara individu. Ia dilaksanakan dengan cara yang selamat dan didatangkan dengan kipas penyejuk aliran silang yang inovatif untuk mengedarkan udara sejuk secara sekata dan senyap - supaya mengelakkan ia menjadi terlalu panas.

“Charge 10 telah dibangunkan selama lebih dua tahun dan kami telah mengatasi pelbagai cabaran reka bentuk untuk menyempurnakan pengalaman pengguna. Produk ini diilhamkan oleh salah seorang ahli pasukan kami yang mendapat cetusan idea asal ketika majlis perkahwinan, dimana dia memerhatikan seorang jurugambar perkahwinan menggunakan begitu banyak bateri ketika majlis tersebut berlangsung. Sepatutnya, tugas mengecas semula bateri kosong bukanlah perkara yang menyusahkan. Dengan wujudnya Charge 10, tiada lagi alasan untuk tidak beralih kepada bateri boleh dicas semula,” kata Michael Lam.

Produk bateri dan pengecas Charge 10 menampilkan pembungkusan kertas kitar semula tanpa plastik sebagai sebahagian daripada jenama Recyko dan usaha dalam fokus kemampanannya.

*Berdasarkan ujian dalaman oleh GP bagi pengecas bateri NiMH terpantas oleh jenama pengecas bateri NiMH terkemuka yang tersedia di pasaran global utama setakat Mei 2021. Keadaan ujian: Purata masa yang diperlukan bagi 5 pengecasan serentak 4 unit bateri AA Charge 10 1700mAh baharu sehingga mencapai 90 %+ kapasiti pada 20°C, diikuti dengan nyahcas bateri mengikut IEC 61951-2.
**Berdasarkan ujian dalaman oleh GP bagi purata peratusan kapasiti bateri yang dicas selepas pengecasan selama 10 minit pada Mei 2021. Dikira daripada 5 pengecasan serentak bagi 4 unit bateri AA Charge 10 1700mAh baharu sehingga mencapai 90%+ kapasiti pada 20° C, diikuti dengan nyahcas bateri mengikut IEC 61951-2.

Fikir semula. Cas semula. Recyko.

Charge 10 Batteries & Charger

Bateri & Pengecas Charge 10
Beli sekarang

Recyko Batteries

Bateri Recyko
Beli sekarang

Recyko Chargers & Charger Docks

Pengecas & Dok Pengecasan Recyko
Beli sekarang