Adakah anda sudah serabut merungkai wayar dan kabel yang berselirat apabila teringin melepaskan gian bermain? Hari ini kami akan bincangkan empat aksesori permainan dikuasakan bateri yang membolehkan anda teruskan keterujaan tanpa tertambat dek wayar. Sama ada tetikus, papan kekunci tanpa wayar sehinggalah pengawal dan set kepala VR, baca terus untuk ketahui lebih lanjut berkenaan aksesori dikuasakan bateri yang bakal memberikan anda pengalaman bermain yang penuh keasyikan dengan santai!
1. Papan Kekunci dan Tetikus Tanpa Wayar
Bagi pemain PC, senjata utama untuk berentap sudah tentulah tetikus dan papan kekunci. Untuk menikmati pengalaman bermain yang lancar tanpa perlu meleraikan kabel dan wayar penuh berselirat, cubalah guna tetikus dan papan kekunci tanpa wayar! Hal ini bukan sahaja membantu anda mendapatkan ruang bermain yang lapang tetapi juga memastikan permainan anda tidak terganggu akibat perlu sentiasa membetulkan pemasangan kabel.
Kebanyakan papan kekunci dan tetikus tanpa wayar berfungsi dengan menggunakan sambungan Bluetooth yang dilengkapi dengan anak kunci (dongle) USB kecil atau penerima tanpa wayar, jadi anda hanya perlu pasangkannya ke port USB komputer, dan anda sudah siap untuk berentap! Kedua-dua tetikus tanpa wayar dan papan kekunci tanpa wayar dikuasakan oleh bateri AA atau AAA NiMH yang boleh dicas semula.
2. Pad Permainan dan Pengawal Konsol Tanpa Wayar
Jika anda seorang peminat permainan video konsol dengan pengawal berwayar, pergerakan anda terhad disebabkan oleh kabel USB panjang yang menyambungkan pengawal ke konsol. Dengan pad permainan dan pengawal tanpa wayar, anda kini bebas bergerak dalam skala lebih besar, maka mudahlah sekiranya anda lebih suka bermain dari jarak jauh ataupun ketika anda beraksi dengan menggunakan TV skrin lebar yang besar di ruang tamu.
Selain daripada permainan konsol, beberapa pengawal tanpa wayar juga boleh digunakan pada komputer untuk menggerakkan permainan PC yang menyokong kawalan pergerakan berasaskan pengawal dan susun atur butang. Hal ini sangat membantu untuk permainan berasaskan aksi jenis menelusuri cabaran untuk ke suatu destinasi (platformer) ataupun permainan melibatkan pertempuran, apabila kayu ria (joystick) dapat memberi anda kelebihan.
Sesetengah pengawal tanpa wayar mempunyai bateri boleh dicas semula ion lithium atau polimer lithium terbina dalam (built-in), namun kebanyakannya menggunakan bateri AA atau AAA boleh dicas semula. Penggunaan pengawal tanpa wayar pada PC menjadikan hidup anda lebih mudah. Anda hanya perlu hidupkan Bluetooth serta pastikan pengawal dan PC anda disambungkan, mudah kan!
3. Fon kepala (headphone) tanpa wayar
Selami dunia permainan sepenuh hati dengan fon kepala tanpa wayar yang memberikan segenap keselesaan dan kemudahan. Sama ada sekadar untuk memainkan muzik kegemaran anda, beraksi dalam arena tempur yang sengit berbilang pemain ataupun meneroka dunia terbuka yang terbentang luas, fon kepala tanpa wayar dapat memberikan anda pengalaman tak ternilai tanpa dikekang oleh kabel.
Kebanyakan fon kepala tanpa wayar menggunakan bateri boleh dicas semula ion litium dan polimer litium, tetapi ada juga sesetengah model menggunakan bateri hidrida logam nikel (NiMH) yang boleh dicas semula AA atau AAA. Terdapat dua cara untuk menyambungkan fon kepala tanpa wayar ke komputer anda, sama ada dengan memasang anak kunci USB atau hubungkan sahaja kedua-dua peranti melalui Bluetooth.
4. Pengawal dan Set Kepala Realiti Maya
Permainan VR atau realiti maya membolehkan kita menyelami persekitaran simulasi yang tampak nyata apabila melibatkan deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Pemain boleh melakukan apa-apa sahaja, seperti berjalan-jalan, menari, dan menyanyi dalam realiti maya, malahan permainan VR membuatkan anda menjiwai watak dalam dunia ciptaan ini!
Kebanyakan pengeset (setup) VR terdiri daripada alat dengar VR dan pengawal pegang tangan. Set kepala VR dihubungkan dengan PC atau konsol anda dan menggunakan kuasa pemprosesannya untuk menggerakkan permainan dan imej. Walau bagaimanapun, sesetengah set kepala boleh digunakan secara berasingan, maka set kepala jenis ini tidak perlu disambungkan ke PC atau konsol untuk menggerakkan permainan. Pengawal pegang tangan VR dan aksesori VR lain disambungkan ke alat dengar yang sepadan untuk menjejaki pergerakan.
Set kepala VR tanpa wayar membolehkan pengguna memanfaatkan kebebasan untuk bergerak dan mobiliti supaya dapat menikmati persekitaran maya sepenuhnya. Pengawal pegang tangan VR biasanya wujud tanpa wayar, dengan pemaut (strap) atau penggenggam (grip) tangan untuk mengelakkan daripada terjatuh.
Set kepala VR menggunakan bateri on litium atau polimer litium yang boleh dicas semula, manakala pengawal pegang tangan VR menggunakan bateri hidrida logam nikel (NiMH) boleh dicas semula AA atau AAA. Jadi, mari jamu mata dan beli daripada rangkaian bateri boleh dicas semulakami, dan teruskan bacaan untuk dapatkan penyelesaian kuasa terhebat yang sememangnya anda perlukan!
Memperkenalkan Bateri Boleh Dicas Semula GP Recyko Pro
Seperti yang anda ketahui, semua aksesori yang dinyatakan di atas menggunakan bateri boleh dicas semula AA atau AAA untuk alatan sentiasa hidup, jadi kini kami ini sajikan rangkaian bateri boleh dicas semula GP Recyko kami! Rangkaian GP Recyko termasuk bateri NiMH boleh dicas semula AAA dan AA memberikan kuasa yang tahan lama dan boleh dipercayai untuk semua aksesori permainan kesayangan anda. Bersifat mesra alam, lebih daripada 10% komponen bateri ini diperbuat daripada bahan kitar semula dan lebih 94% daripada keseluruhan pek pembungkusannya termasuklah kotak yang melindungi bateri, boleh dikitar semula. Jadi tunggu apa lagi? Semarakkan keterujaan dengan membeli bateri boleh dicas semula yang kami tawarkan di GP Batteries sekarang juga!
Tak kiralah anda seorang penggemar permainan video atau pendatang baharu dalam dunia hiburan interaktif, era peranti permainan dikuasakan bateri bakal melakar masa depan, apabila wayar digantikan dengan sambungan tak nampak di mata dan kini sempadan imaginasi anda tiada lagi batasan. Oleh itu, cas pengawal anda, pasang alat dengar tanpa wayar, dan jom melangkah ke arena yang kuasanya benar-benar di tangan anda! Untuk pastikan bateri boleh dicas semula anda terus hidup, lihat rangkaian pengecas bateri dan dok pengecasan yang kami tawarkan di GP Batteries!