Bagaimana cara untuk memilih bateri yang betul
Selalunya, pemilihan jenis bateri yang betul boleh menjadi perkara yang mengelirukan - terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai pilihan. Sebagai contoh, patutkah anda memilih bateri sekali guna atau bateri boleh dicas semula? Oleh yang sedemikian, kami telah membahagikan beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui tentang setiap jenis bateri demi membantu anda membuat pilihan bateri yang betul.
Bateri beralkali memberikan lebih kuasa.
Semakin hari, peningkatan keperluan tenaga membuatkan bateri beralkali lebih menjadi pilihan bagi peranti harian. Bateri beralkali kami sangat sesuai untuk pelbagai peranti yang memerlukan tenaga rendah atau tinggi, seperti mainan, lampu kepala, alat kawalan permainan video, dan alat pengesan asap. Walau bagaimanapun, bukan semua bateri beralkali diciptakan sama. Maka, prestasinya juga akan berbeza-beza bergantung pada tahap nyahcas peranti tersebut.
Bateri litium paling sesuai untuk tempat bersuhu ekstrem dan masa penggunaan yang lama.
Bateri litium tahan lasak, ringan, dan berkuasa - sesuai dipadankan dengan peranti berteknologi tinggi yang memerlukan penggunaan berpanjangan (cth: pengesan asap dan penderia), input berkuasa tinggi (cth: lampu denyar dan peranti pacuan motor mudah alih) dan tempat bersuhu ekstrem (cth: lampu suluh dalam keadaan yang sangat sejuk).
Bateri NiMH (Nickel Metal Hydride) boleh dicas semula menawarkan pengecasan yang bercirikan mesra alam.
Walaupun ianya lebih mahal, bateri jenis ini boleh dicas semula beratus kali serta penggunanya memperoleh penjimatan yang besar dalam jangka masa panjang. Bateri boleh dicas semula berfungsi dengan baik bagi peranti berkuasa tinggi yang memerlukan cetusan tenaga berkuasa tinggi berulang kali; seperti mainan dan lampu denyar.
*Gambar yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
Voltan adalah aspek yang amat penting.
Voltan juga merupakan aspek penting untuk dipertimbangkan apabila ingin membuat pilihan bateri yang tepat. Hal ini adalah disebabkan sesetengah peranti tidak akan beroperasi dengan betul (atau hanya akan beroperasi untuk masa yang singkat) jika dipadankan dengan voltan yang kurang ideal. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu anda ingati: Walaupun bateri beralkali biasanya mempunyai voltan nominal 1.5 volt, bateri boleh dicas semula mempunyai 1.2 volt. Di samping itu, bateri beralkali akan memulakan pengecasan awalnya pada 1.5 volt sebelum berkurang kepada 1.2 volt dalam pengecasan kemudiannya.
Cara penjagaan bateri: perkara yang harus dilakukan dan perkara yang tidak digalakkan
Anda telah membeli bateri yang betul bergantung pada keperluan peribadi anda. Oleh itu, langkah seterusnya ialah mengamalkan cara penjagaan dan penyimpanan yang betul untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda. GP telah mengumpulkan beberapa maklumat tentang perkara yang harus dilakukan dan perkara yang tidak digalakkan (berkenaan cara penjagaan bateri) untuk membimbing anda.
- Perkara yang Harus Dilakukan
- Simpan bateri di tempat yang sejuk, kering, atau berventilasi pada suhu bilik, dan jauhkan ia dari tempat yang terkena pancaran matahari secara langsung.
- Jauhkan ia daripada kanak-kanak untuk mengelakkan insiden tertelan bateri.
- Keluarkan semua bateri terpakai daripada peranti pada masa yang sama, dan gantikannya dengan bateri baharu dengan saiz dan jenis yang sama.
- Keluarkan bateri daripada peranti elektronik jika ia tidak akan digunakan untuk jangka masa yang lama. Ia bertujuan untuk mengelakkan kebocoran bateri.
- Perkara yang Tidak Digalakkan
- Jangan biarkan bateri terdedah dalam keadaan yang teruk; seperti tempat bersuhu yang ekstrem dan pengecasan yang berlebihan.
- Jangan simpan bateri bersama objek logam lain seperti cincin, kunci, dan duit syiling untuk mengelakkan litar pintas.
- Jangan campurkan bateri lama dan baharu (atau jenis/kapasiti bateri yang berbeza) ke dalam satu peranti untuk mengelakkan ia daripada pecah atau bocor. Hal ini boleh mengakibatkan kecederaan diri atau kerosakan harta benda.
- Jangan biarkan peranti berkuasa bateri dihidupkan selepas bateri kehabisan tenaga.
Cara membuang bateri lama - cara yang betul
Berikut merupakan tiga tip keselamatan yang perlu anda ingati apabila melupuskan bateri dengan cara yang betul:
Bahan mentah berharga dalam bateri sekali guna boleh dikitar semula dan digunakan semula untuk mencipta produk baharu. Bateri primer dan bateri boleh dicas semula hendaklah dibawakan ke stesen kitar semula untuk memastikan bateri tersebut dikitar semula dan diselamatkan dari tapak pelupusan.
GP menggalakkan penggunaan bateri boleh dicas semula untuk meminimumkan bilangan bateri yang memasuki tapak pelupusan sampah. Ini adalah kerana satu bateri boleh dicas semula mampu menggantikan beratus-ratus bateri sekali guna. Bagi pelupusan bateri boleh dicas semula dan bateri sekali guna, kami menggalakkan pengguna agar mencari stesen kitar semula di komuniti setempat mereka.
Tip keselamatan 1
Berhati-hati apabila mengumpulkan bateri terpakai untuk dilupuskan. Memandangkan bateri terpakai selalunya tidak dinyahcas sepenuhnya, ia berpotensi mewujudkan risiko keselamatan apabila bateri yang masih mempunyai cas bersentuhan antara satu sama lain. Kami mengesyorkan agar anda menutup kawasan sentuhan (bahagian hujung) bagi setiap bateri sebagai langkah pencegahan tambahan.
Tip keselamatan 2
Jika terdapat kebocoran bateri, basuh mana-mana bahagian kulit anda atau objek yang mungkin terkena asid bateri dengan cepat untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau kerosakan serius. Akhir sekali, kami mencadangkan supaya anda meletakkan bateri yang rosak ke dalam beg plastik sebelum membuangnya dengan berhati-hati ke dalam tong sampah sebagai langkah perlindungan daripada sebarang kerosakan asid selanjutnya.
Tip keselamatan 3
Jika tertelan bateri kecil, ia boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang serius atau kematian. Perkara yang paling penting adalah memastikan bateri itu berada di tempat yang selamat daripada capaian kanak-kanak, terutamanya apabila dikaitkan dengan pelupusan. Jika anak anda tertelan bateri, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera.