Berbilion tan sumber asli yang terhad diubah menjadi barangan guna habis pada setiap tahun. Suatu hari nanti, tiada apa lagi yang akan tinggal. Itulah sebabnya mengapa kita mesti memikirkan semula barangan yang kita buang dan melihatnya sebagai peluang, daripada melakukan pembaziran - demi kesejahteraan planet kita.

Inisiatif kemampanan nasional dan global membantu menyebarkan berita tentang prinsip mesra alam dan menggalakkan orang ramai untuk melibatkan diri. GP meraikan Hari Kitar Semula Global (18 Mac) dengan menggalakkan semua orang untuk terlibat dalam aktiviti kitar semula, pengurangan sisa, dan tabiat mampan yang lain. Misi kami adalah untuk memainkan peranan kami dalam membina masa depan yang lebih hijau, dari fasiliti kami ke rumah anda.

Hari Kitar Semula Global 2022

Hari Kitar Semula Global bermula pada tahun 2018. Ia dilaksanakan dengan tujuan untuk mengiktiraf dan meraikan kepentingan kitar semula dalam memelihara sumber planet kita dan menjamin masa depan kita. Pergerakan ini mempunyai dua misi yang komprehensif:

1. Untuk mengingatkan pemimpin dunia bahawa kitar semula adalah penting. Ia hendaklah dijadikan sebagai isu global dan pendekatan sejagat terhadap kitar semula perlu dilaksanakan dengan segera.

2. Untuk menggalakkan orang ramai di seluruh dunia memikirkan tentang sumber apabila berkaitan dengan barangan di sekeliling kita, bukan pembaziran. Kita tidak akan menghargai barangan kitar semula dengan nilainya yang sebenar dan kegunaan semula yang sepatutnya sehinggalah perkara ini terjadi.

Kepentingan prinsip 'kurangkan, guna semula, dan kitar semula'

Seperti yang diperakui oleh Yayasan Kitar Semula Global, kita sedang menghadapi kecemasan iklim yang tidak dapat ditandingi. Dengan keadaan yang semakin teruk, adalah penting untuk kita bertindak sekarang. Terdapat pelbagai cara untuk kita memainkan peranan dalam melindungi sumber semula jadi Bumi ini dan menyumbang kepada 'ekonomi bulat'. Bagi GP, mantra “Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula” bukan sekadar berkenaan gaya hidup atau misi perniagaan, ia merupakan sebuah janji untuk mengutamakan planet kami.

Kurangkan
Perkara pertama untuk bermula ialah dengan mengurangkan jumlah yang kita gunakan setiap hari. Mengurangkan penggunaan objek pakai buang dan plastik sekali guna merupakan contoh ketara yang boleh menyumbangkan kepada pengurangan jumlah penghasilan sisa. Kadangkalanya, kita mungkin perlu menggunakan objek pakai buang. Dalam hal ini, cara yang terbaik adalah dengan mencari barangan yang diperbuat daripada bahan kitar semula/mampan, sebaik-baiknya daripada hasil buatan tempatan.

Kitar semula
Bumi mempunyai enam sumber semula jadi utama yang penting: air, udara, minyak, gas asli, arang batu, dan mineral. Sumber ini adalah terhad dan akan kehabisan. Oleh itu, kita semua perlu menyedari tentang bahan yang kita gunakan dan produk yang kita beli. Walau bagaimanapun, terdapat penyelesaian untuk isu ini iaitu dengan menggunakan Sumber Ketujuh; dimana ia juga dikenali sebagai bahan kitar semula. Bahan kitar semula membantu mengekalkan enam sumber utama yang berharga, dengan 40% daripada keperluan bahan mentah dunia datang daripada bahan kitar semula. Kitar semula membantu memerangi perubahan iklim dengan menjimatkan lebih 700 juta tan dalam pelepasan CO2, serta mengimbangi pelepasan CO2 tahunan yang dijana oleh industri penerbangan. Ia juga meningkatkan pekerjaan di seluruh dunia, dengan mewujudkan pekerjaan dalam industri kitar semula dan menyumbang kepada KDNK global.

Komitmen kemampanan GP
Di GP, kami komited untuk membangunkan sumber tenaga yang lebih mampan, demi membantu membina masa depan yang lebih hijau. Salah satu bidang tumpuan kami ialah mengurangkan sisa - semua fasiliti pembuatan bateri kami sentiasa berusaha ke arah sisa sifar. Fasiliti pembuatan kami di Malaysia telah dianugerahkan peringkat Emas bagi Sisa Sifar kepada Pengesahan Tapak Pelupusan (ZWTL) UL. Malah, kami juga berusaha untuk menggunakan bahan kitar semula dalam proses penciptaan produk kami; dimana hal ini dapat dilihat melalui kebanyakan model bateri boleh dicas semula GP yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10% bahan kitar semula dan pembungkusan tanpa plastik.

Sertai gerakan #RecyclingHeroes #RethinkRechargeReCyko. Kongsi hari kitar semula global anda dan calonkan wira dalam komuniti anda!

Ikuti kami

Lihat fakta dan tip terkini yang menyeronokkan tentang bateri

Cara Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Harian Anda

Ketahui Lebih Lanjut
Cara memilih, menyelenggara, dan menggantikan bateri alat pengesan asap
Ketahui Lebih Lanjut
3 sebab mengapa anda perlu menggunakan bateri boleh dicas semula yang mesra alam
Ketahui Lebih Lanjut