Adakah anda kecewa dengan bateri yang cepat kehabisan tenaga daripada tempoh yang sepatutnya? Adakah anda sentiasa perlu mendapatkan bateri baharu? Mungkin ada penyelesaian yang lebih baik bagi masalah ini!

GP bersemangat untuk membantu orang ramai dengan memperkasakan peranti mereka. Keupayaan untuk kekal berhubung adalah penting. Oleh itu, kami membawakan anda panduan tentang cara untuk memanjangkan hayat bateri yang anda gunakan setiap hari.

Gunakan bateri yang tepat, bersesuaian dengan perantinya

Kebanyakan peranti elektronik mengesyorkan penggunaan bateri jenis tertentu. Pastikan anda sentiasa mengikut arahan pengeluar peranti apabila memasukkan bateri ke dalam peranti baharu dan hanya menggunakan jenis bateri yang disyorkan. Selain itu, jangan gabungkan penggunaan bateri lama dengan yang baharu, atau bateri dengan tahap kuasa yang berbeza kerana hal ini boleh menjejaskan fungsi kedua-dua bateri tersebut.

Peranti berkuasa intensif yang dikendalikan oleh bateri memerlukan lebih banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Perkasakan kehidupan anda engan bateri yang tahan lama untuk peranti berkuasa intensif seperti mainan, monitor bayi, kamera profesional, dan pelbagai lagi. Kadangkalanya, anda mungkin mendapati bahawa anda memerlukan lebih banyak bateri khusus, namun yang ianya sukar untuk diperolehi. Jangan bimbang, GP sentiasa bersedia untuk menyokong anda dengan menyediakan pelbagai rangkaian bateri khusus.

Elakkan pengendalian peranti yang dikuasakan oleh bateri dalam suhu ekstrem

Kebanyakan bateri tidak berupaya untuk dikendalikan dalam suhu panas atau sejuk yang ekstrem. Oleh yang sedemikian, cara yang terbaik adalah dengan menjauhkan peranti berkuasa bateri tersebut daripada situasi ekstrem. Suhu yang sangat panas dan sejuk boleh menjejaskan jangka hayat dan fungsi bateri, serta menyebabkan kerosakan dan risiko keselamatan.

Perlukan lebih fleksibiliti? Bateri boleh dicas semula ReCyko mampu beroperasi dari -20°C hingga 50°C, dimana hal ini memberikan prestasi yang boleh dipercayai walaupun dalam persekitaran yang melampau. Oleh itu, anda boleh terus berhubung dan memperkasakan kehidupan di mana sahaja anda berada dengan ReCyko.

Cas semula sebelum bateri mencecah 0%

Satu cara untuk mengekalkan kesihatan bateri boleh dicas semula anda adalah dengan tidak membiarkan bateri tersebut habis tenaga sepenuhnya sebelum ia dicas semula. Bateri NiMH boleh dicas semula sesuai untuk pengecasan penuh (sehingga 100%) tanpa memberi kesan negatif terhadap kesihatan keseluruhan dan jangka hayat bateri itu.

Bateri NiMH boleh dicas semula GP ini juga mempunyai kadar nyahcas sendiri yang rendah, dimana ia mampu mengekalkan sehingga 80% dicas daripada jumlah kuasanya walaupun tidak digunakan selama 12 bulan* (*bergantung pada model). Hal ini menjadikan ia sesuai untuk kegunaan sekali-sekala, serta sentiasa bersedia untuk memberikan anda tenaga pada bila-bila masa anda memerlukannya.

Matikan peranti apabila tidak digunakan

Jangan lupa untuk mematikan peranti berkuasa bateri apabila anda tidak menggunakannya. Hal ini untuk mengelakkan peningkatan risiko kehabisan bateri. Walaupun masih berlakunya nyahcas sendiri secara beransur-ansur dari semasa ke semasa, namun tenaganya tidak akan cepat kehabisan berbanding jika peranti dibiarkan hidup apabila ia tidak digunakan. Anda mungkin merasakan bahawa tiada perubahan berlaku sekiranya peranti dibiarkan hidup sepanjang malam, namun jika perkara ini berlaku setiap malam... maka tenaga yang dinyahcas semakin bertambah.

Sesetengah peranti tidak mempunyai suis buka/tutup, jadi pertimbangkan untuk mengeluarkan bateri jika anda tidak akan menggunakan peranti tersebut buat jangka masa yang lama demi mengekalkan tenaga bateri itu. Anda hanya perlu memastikan untuk menyimpan bateri di tempat yang selamat, (tempat) bukan diperbuat daripada logam, dan jauh daripada kanak-kanak.

Bosan kerana sering perlu menukar bateri?

Adakah anda sedang mencari penyelesaian yang lebih mesra alam? Lihat rangkaian bateri boleh dicas semula kami yang unggul. Satu bateri GP yang boleh dicas semula mampu menggantikan lebih daripada beribu-ribu bateri sekali guna.

Fikir semula. Cas semula. Recyko.

Bateri Recyko
Beli sekarang
Pengecas & Dok Pengecasan Recyko
Beli sekarang
Bateri & Pengecas Charge 10
Beli sekarang