Masa anda adalah sangat berharga. Setiap jam, minit, dan saat perlu dititikberatkan, terutamanya ketika anda sibuk dan sentiasa bergerak. Manfaatkan hanya 10 minit dengan tabiat 10 minit ini demi memperkasakan kehidupan anda.

10 Minit Bersama Alam Semula Jadi

Luangkan masa hanya 10 minit dengan alam semula jadi setiap hari boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan mental dan fizikal anda. Menurut kajian dalam Mind, "95% daripada kumpulan yang ditemu bual berkata emosi mereka bertambah baik selepas meluangkan masa di luar. Daripada perasaan tertekan, stres, dan cemas kemudiannya bertukar kepada perasaan yang lebih tenang dan seimbang."
Memandangkan alam semula jadi melayan kita dengan baik, kita juga hendaklah melakukan perkara yang sama. Apabila kehidupan dan teknologi kita terus maju dan berkembang, tekanan terhadap planet kita juga semakin meningkat. Terdapat banyak sebab bagi manusia dan entiti perniagaan untuk melindungi alam sekitar dan menjalani kehidupan yang lebih mementingkan kesan terhadap alam sekitar:

  • Alam sekitar membantu melindungi ekosistem.
  • Melindungi alam sekitar bermakna kita melindungi manusia sejagat.
  • Ia merupakan salah satu cara untuk membalas kebaikan kepada generasi anda, generasi akan datang, dan planet itu sendiri.

GP berasa bertanggungjawab untuk membangunkan sumber kuasa yang lebih mampan demi melindungi alam sekitar. Kami berhasrat untuk memainkan peranan dalam membina masa depan yang lebih hijau dengan mengurangkan sisa serta menggunakan bahan kitar semula dalam produk dan pembungkusan kami.

Hasil Kreatif dalam 10 Minit

Menghasilkan sesuatu benda dari peringkat awal adalah aktiviti yang memuaskan dan terapeutik. Anda tidak semestinya perlu menjadi seseorang yang 'berseni' untuk menjadi kreatif. 'Kerja kreatif' boleh menjadi apa sahaja; daripada menulis kod, menciptakan resipi baharu, sehinggalah mengisi teka silang kata. Ia boleh merangkumi apa sahaja yang anda gemari dan membuatkan idea kreatif anda tercetus secara berterusan.

Kemampanan merupakan aspek terpenting yang kami ketengahkan dalam semua perkara yang kami lakukan di GP. Pengurangan sisa adalah salah satu fokus utama dalam fasiliti pembuatan kami. Pada peringkat individu, perkara terpenting adalah mengambil berat tentang bahan yang anda gunakan semasa penghasilan projek tersebut. Anda boleh menggunakan semula bahan yang tidak boleh dikitar semula menjadi barangan dan kraf tangan baharu seperti bekas pen baharu atau pasu tersuai, daripada membuangnya begitu sahaja. Hal ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan sisa isi rumah dan tapak pelupusan sampah, malah ia juga membantu anda menghasilkan dan memiliki objek yang unik.

Pergerakan 10 Minit

Menjalani kehidupan yang sibuk menyukarkan anda untuk mencari masa untuk bersenam dan beriadah dalam kehidupan seharian anda. Jika anda mempunyai matlamat untuk melengkapkan 'pergerakan' hanya dalam tempoh 10 minit (mengikut tahap kesusahan yang anda kehendaki) setiap hari, ia mungkin lebih mudah untuk dicapai. Pergerakan memberi manfaat terhadap enam bahagian utama pada badan kita: otot, tulang, sendi, otak, jantung, dan paru-paru. Kuncinya adalah untuk mengelakkan ketidakaktifan dan cuba menggerakkan badan anda secara konsisten, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Bagi fanatik kecergasan, peralatan kecergasan anda ialah aksesori yang penting untuk rutin senaman anda. Sentiasa perkasakan kehidupan anda semasa dalam perjalanan dengan bateri khusus untuk jam tangan pintar sukan anda, dan jangan sesekali biarkan ia kehabidan tenaga semasa pertengahan larian anda lagi.

Menimba Ilmu dalam 10 Minit

Gunakan 10 minit daripada hari anda untuk mempelajari sesuatu yang baharu, setiap hari. Anda boleh membaca, mendengar podcast, atau menonton video bermaklumat. Luangkan 10 minit ke dalam hari anda untuk menimba ilmu kerana ia merupakan aktiviti yang berharga dan merangsang mental.

GP percaya pada kuasa ilmu pengetahuan. Kunjungi blog kami untuk mendapatkan fakta dan tip tentang bateri. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang bateri yang anda gunakan setiap hari, amalan terbaik bagi penggunaan bateri, dan perkara yang boleh anda lakukan untuk memperkasakan kehidupan anda sambil mengurangkan risiko bahaya terhadap alam sekitar.

10 Minit untuk Mengecas Semula

Mengambil masa untuk berehat dalam rutin seharian adalah penting untuk mengelakkan kehabisan tenaga dan burnout jangka masa panjang. Luangkan 10 minit setiap hari untuk menyegarkan minda dan badan anda. Hal ini boleh melalui senaman, meditasi, aktiviti santai, atau aktiviti yang merangsang intelektual. Ia merangkumi apa sahaja yang membantu anda untuk fokus semula dan kembali bersemangat.

Sementara anda menyegarkan semula minda dan badan anda, anda juga hanya memerlukan 10 minit* untuk mengecas semula peranti yang dikuasakan oleh bateri. Recyko Charge 10 baharu merupakan pengecas bateri terpantas di dunia**. Ia mampu mengecas bateri Charge 10 saiz AA dalam masa 10 minit* sahaja. Jika anda sentiasa dalam perjalanan, Charge 10 sentiasa bersedia untuk menyokong anda dengan memastikan peralatan berkuasa intensif dan peranti berkuasa tinggi anda dapat diperkasakan.


*Berdasarkan ujian dalaman oleh GP bagi purata peratusan kapasiti bateri yang dicas selepas 10 minit pengecasan pada Mei 2021. Dikira berdasarkan ujian terhadap 5 pengecasan serentak bagi 4 unit bateri AA Charge 10 1700mAh baharu sehingga mencapai 90%+ kapasiti pada 20°C , diikuti dengan nyahcas bateri menurut IEC 61951-2.

**Berdasarkan ujian dalaman oleh GP bagi pengecas bateri NiMH terpantas oleh jenama pengecas bateri NiMH terkemuka yang tersedia di pasaran global utama setakat Mei 2021. Keadaan ujian: Purata masa yang diperlukan bagi 5 pengecasan serentak 4 unit bateri AA Charge 10 1700mAh baharu sehingga mencapai 90%+ kapasiti pada 20°C, diikuti dengan nyahcas bateri menurut IEC 61951-2.

Perkasakan Hidup Melalui Pengecasan

Bateri & Pengecas Charge 10
Beli sekarang
Bateri ReCyko
Beli sekarang
Bateri Khusus
Beli sekarang