GP Batteries Memenangi Anugerah Red Dot untuk Kategori Reka Bentuk Produk bagi Rangkaian Pengecas ReCyko Pro
Anugerah Red Dot akan diberikan kepada produk yang menunjukkan standard tertinggi bagi kualiti reka bentuk pada setiap tahun. Pemenang akan dipilih berdasarkan tiga kategori – reka bentuk produk, jenama dan reka bentuk komunikasi, serta konsep reka bentuk. Setiap produk yang memenangi anugerah ini boleh menonjolkan label Red Dot, dimana hal ini dapat membezakan produk tersebut sebagai peneraju bertaraf dunia dalam kategori reka bentuk.
GP Batterries berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Rangkaian Pengecas ReCyko Pro kami telah menerima Anugerah Red Dot untuk Reka Bentuk Produk Tahun 2021. Diadili oleh panel pakar reka bentuk produk antarabangsa, Pengecasan ReCyko Pro dan Dok Pengecasan telah berjaya memperoleh "Red Dot" mereka atas kualiti reka bentuk yang cemerlang, ergonomik, dan jangka hayat produk yang menakjubkan.
“Pemenang Anugerah Red Dot: Reka Bentuk Produk Tahun 2021 sangat mengagumkan pada tahun ini. Reka bentuk produk mereka sangat mengagumkan, dari segi estetik dan fungsinya. Bukan mudah untuk menyerlah dan memenangi hati juri kami dalam industri yang kuat persaingannya.”
- kata Profesor Dr Peter Zec, pengasas dan CEO Red Dot.
Rangkaian Pengecas ReCyko Pro ini dilancarkan pada tahun 2020 dan diciptakan untuk pengguna yang sering menggunakan bateri boleh dicas semula, yang memerlukan pengecasan pantas. Ia sesuai digunakan oleh semua orang, termasuklah golongan profesional.
Pengecas ReCyko Pro memberikan prestasi pengecasan yang unggul - dimana ia mampu mengecas dua unit bateri dalam masa 1.3 jam sahaja. Dok pengecasan 4-slot atau 8-slot, iaitu antara produk rangkaian Pengecas ReCyko Pro yang memenangi anugerah ini membentuk ekosistem pengecasan yang unik dan menarik dalam industri ini. Reka bentuk pengecasan secara menegak yang eksklusif membantu untuk menjimatkan ruang meja yang berharga sambil memaparkan produk pengecasan dengan bergaya dan berfungsi.
“Kami membangunkan reka bentuk pengecasan secara menegak yang unik dalam industri ini demi menunjukkan prestasi pengecasan unggulnya dengan pelbagai fungsi penjagaan bateri termaju, di samping menggabungkan kontur yang bergaya serta kemasan yang mengagumkan untuk menarik minat ‘prosumer’ yang menjadi sasaran bagi Rangkaian Pengecas ReCyko Pro.”
- kata Encik Hamid Berkadi, Ketua Perancangan dan Reka Bentuk Produk di GP Batteries.
Rangkaian Pengecas ReCyko Pro bukan sahaja bergaya dari segi estetiknya, malah paparan LED dwi warna Pengecas ReCyko Pro serta fungsi penghentian pengecasan secara automatik memberikan kawalan dan keselamatan penuh kepada pengguna (seiring dengan fungsi pengurangan masa pengecasan). Dok Pengecasan ReCyko Pro menyediakan cara yang lebih mudah untuk mengecas berserta ciri termaju yang akan menjaga bateri secara optimum; termasuklah penyegaran dan penyaman bateri, serta pemeriksaan kapasiti bateri melalui paparan LCD pintarnya.
Sebagai salah satu pemenang Anugerah Red Dot pada tahun ini, rangkaian Pengecas ReCyko Pro akan dipaparkan dalam pameran dalam talian di laman web Red Dot mulai 21 Jun 2021. Setelah itu, rangkaian tersebut akan dipaparkan pula dalam pameran "Reka Bentuk di Pentas" dalam Muzium Reka Bentuk Red Dot Essen - tempat dimana semua produk yang memenangi anugerah dipamerkan.