GP Batteries Mendapat Pengesahan Emas bagi Sisa Sifar ke Tapak Pelupusan UL untuk Fasiliti Pengilangan Baterinya di Tebrau, Malaysia

Mantera "Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula" bukanlah sekadar gaya hidup atau moto sesebuah perniagaan. Bagi GP Batteries, ia merupakan suatu janji. Pada tahun 2020, kami telah berjaya memenuhi janji tersebut dan menjadi pengeluar pertama dalam industri bateri yang menerima Pengesahan Perak Sisa Sifar ke Tapak Pelupusan (ZWTL) UL bagi dua kilang pembuatan bateri kami di ASEAN, dan kilang pembuatan bateri NiMH di China. Pengesahan penting ini memberi pengiktirafan bahawa syarikat kami mengendalikan sisa dengan cara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan inovatif — dari segi pengeluaran tenaga melalui insinerasi kepada penggunaan semula, kitar semula, dan pengkomposan.

Baru-baru ini, GP Batteries memperoleh satu lagi kejayaan dalam komitmennya untuk memajukan prestasi kemampanan dengan memperoleh Pengesahan Emas ZWTL UL bagi kemudahan pembuatan yang terletak di Tebrau, Malaysia. Ia merupakan kilang pertama di negara ini yang memperoleh pengesahan peringkat emas.

environmentally friendly

environmentally friendly

“Pencapaian GP Batteries dalam Pengesahan Emas ZWTL bagi kilang terbaharunya di Malaysia, digabungkan pula dengan peningkatan berterusan terhadap prestasi pengalihan sisa dalam tiga kilangnya yang lain memaparkan komitmen berterusannya untuk meningkatkan prestasi kemampanan,”

- kata Doug Lockard, Naib Presiden dan Pengurus Besar UL bahagian Produk Runcit dan Produk Pengguna.

Achieving the requirement of waste diversion levels

Achieving the requirement of waste diversion levels

Sebagai kilang pertama di Malaysia yang memperoleh Pengesahan Emas ZWTL, Kilang GP Batteries Tebrau telah memenuhi keperluan tahap pengalihan sisa sebanyak 95–99% melalui pelaksanaan amalan terbaik dan penambahbaikan proses yang telah membantu meningkatkan pengalihan sisa.

zero waste

zero waste

Pasukan projek GP Batteries di Malaysia terus berdedikasi terhadap inisiatif sifar sisa ke tapak pelupusan dan melaksanakan projek dengan cara yang unik berdasarkan lokasi, cabaran, dan aliran sisa mereka - dengan penekanan pada pengelasan dan pengasingan sisa.

innovative practices

innovative practices

Selain menjalankan latihan yang banyak kepada kakitangan untuk memastikan sisa diuruskan dengan cara yang betul (dikitar semula atau digunakan semula), amalan inovatif juga telah dilaksanakan. Amalan tersebut termasuklah menggunakan semula tong logam atau plastik sebagai tong sampah demi menggunakan sumber kitar semula sepenuhnya.

“We are proud that our efforts have enabled us to achieve greater waste diversion rates thus further advancing our sustainability performance. We will continue to work with UL on various initiatives to further enhance our waste tracking and management, and continuously improve our sustainability performance.”

- kata Victor Chong, Presiden GP Batteries

Pengesahan Sisa Sifar ke Tapak Pelupusan (ZWTL) UL merupakan suatu tanda ukur untuk mengesahkan komitmen syarikat terhadap cara pengalihan sisa yang lebih mampan. Ia menawarkan pengesahan pihak ketiga yang boleh dipercayai, dimana hal ini membolehkan syarikat dan organisasi membuktikan kepimpinannya yang menyokong pemeliharaan alam sekitar - dalam pasaran. GP Bateri telah bekerjasama dengan UL untuk terus memajukan usaha sisa sifar ke tapak pelupusan dengan visi bahawa lebih banyak kemudahan akan mencapai pengesahan tersebut pada masa akan datang.

Lawati UL.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pengesahan Sisa Sifar Ke Tapak Pelupusan (ZWTL).