Musim panas adalah masa yang paling sesuai untuk ibu bapa mencipta memori baru bersama anak-anak mereka. Generasi muda berhak untuk menikmati detik-detik bahagia di luar sekolah. Oleh yang sedemikian, aktiviti musim panas yang menyeronokkan juga memberi peluang kepada orang dewasa untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Walaupun aktiviti musim panas sejak kebelakangan ini lebih dikhususkan kepada kanak-kanak, bermain dengan kanak-kanak (yang masih bersekolah) dapat mendedahkan anda kepada pelbagai idea untuk pengembaraan imaginasi. GP berhasrat untuk memperkasakan pengalaman musim panas anda dengan detik-detik yang bermakna . Oleh itu, anda memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjadikan sebarang pengalaman sebagai kenangan manis sepanjang hayat.

Sebelum anda mula menikmati mana-mana aktiviti ini, pastikan anda bersedia sepenuhnya dengan bekalan kuasa yang mencukupi dengan menggunakan tip praktikal untuk cuti musim panas daripada kami. Berikut merupakan lima aktiviti musim panas yang terbaik untuk ibu bapa lakukan bersama anak-anak mereka, serta tip berguna untuk meningkatkan keseronokannya.

Pengembaraan & Perkhemahan

Aktiviti melancong mungkin adalah terhad bagi kebanyakan keluarga di seluruh dunia. Namun begitu, aktiviti mengembara dan berkhemah boleh menjadi salah satu aktiviti luar rumah yang menarik buat seisi keluarga. Antara aktiviti musim panas yang paling popular ialah mendaki dan berkhemah. Namun begitu, ia sering dianggap tidak sesuai bagi kanak-kanak kerana ia mungkin terlalu mencabar untuk mereka. Walau bagaimanapun, kunjungan ke alam semula jadi ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat keindahan di luar bandar dan menghargai persekitaran di sekeliling kita.

Camping

Camping

Tip untuk memperkasakan pengembaraan anda:

  • Apabila mendaki atau berkhemah dengan kanak-kanak, perkara yang amat penting untuk anda ketahui adalah cara mengemas dengan efektif. Berikut ialah panduan mudah untuk mengemas: Simpan barang ringan yang anda tidak perlukan di bahagian bawah, kemudian simpan barang yang lebih berat (seperti makanan dan pakaian) di bahagian tengah, dan letakkan barang keperluan (seperti air dan kit pertolongan cemas) di bahagian atas.
  • Selain itu, pastikan anda membawa sekali lampu 'camping' seperti lampu camping yang boleh dipegang (handheld torch) atau lampu kepala untuk perkhemahan. Ianya amat diperlukan sekiranya berlaku kecemasan, atau jika hari semakin gelap dan anda memerlukan lampu untuk menerangi jalan.
  • Memandangkan banyak barangan penting seperti alat penjejak aktiviti, pembesar suara, lampu tanglung mudah alih, dan kamera boleh dikuasakan menggunakan bateri atau 'power bank', langkah yang terbaik adalah untuk anda menyediakan kantung kalis air yang dilengkapi dengan bateri boleh dicas semula, bateri beralkali, dan 'power bank' untuk memastikan semua peranti bekalan elektrik yang anda bawa semasa perjalanan boleh dicas sepenuhnya.
  • Jangan lupa, setiap perkhemahan pasti terdapatnya kemungkinan untuk hujan! Oleh itu, pastikan setiap beg atau beg galas anda kalis air.

 

Pantai

Selepas berbulan-bulan terperap di dalam bilik darjah, anak-anak dari semua peringkat umur pasti akan teruja jika berpeluang untuk pergi ke pantai dan merasai pengalaman di laut dan persisiran pantai. Aktiviti pantai pada musim panas sangat digemari oleh kebanyakan keluarga dan ia meninggalkan kenangan manis bagi mereka. Semuanya bermula daripada sentuhan - sama ada membantu anak-anak memakai krim pelindung matahari atau mengelap badan mereka sehingga kering selepas aktiviti di laut, sememangnya pengalaman di pantai dapat merapatkan hubungan keluarga, serta meninggalkan memori manis dan menyentuh hati.

Travel

Travel

Tip untuk memperkasakan percutian anda di pantai:

  • Jangan lupa untuk membawa krim pelindung matahari! Anda pasti tidak mahu terkena selaran matahari, terutamanya bagi kulit anak anda yang sensitif .
  • Satu lagi keperluan yang harus anda bawa ialah kipas mudah alih. Ia akan membuatkan anda kekal sejuk dan anak-anak pun lebih gembira.
  • Jika peranti kehabisan bateri semasa percutian ke pantai kadangkalanya boleh menimbulkan kemarahan seisi keluarga. Oleh yang sedemikian, jangan lupa untuk masukkan power bank dan beberapa bateri tambahan dalam senarai barangan yang perlu dibawa.
  • Pengalaman di pantai akan menjadi lebih menyeronokkan apabila semuanya berjalan dengan lancar; anda kekal sejuk dan tenaga tambahan sudah tersedia. Sediakan bedak sekali untuk percutian pantai ini kerana ia boleh membantu untuk mengelakkan pasir daripada melekat pada kaki anda atau anak anda.

Staycation

Walaupun pelancongan ke luar negara mungkin tidak disyorkan buat masa ini, namun ia tidak bermakna bahawa anda tidak dapat menikmati percutian yang santai! Bagi keluarga yang ingin menerokai pantai atau tapak perkhemahan, bermalam di kawasan luar bandar mungkin merupakan aktiviti musim panas yang sesuai untuk mencipta memori yang berpanjangan dan gembira bersama anak-anak. Sama ada percutian itu membawa anda menerokai kawasan desa yang indah, kampung yang menarik, atau menikmati waktu malam dengan permainan dan menonton filem - staycation menyediakan masa peribadi yang berkualiti untuk anda menghargai detik-detik istimewa bersama ahli keluarga.

Boy

Boy

Tip untuk memperkasakan staycation anda:

  • Perjalanan ke destinasi anda mungkin jauh. Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan penumpang sentiasa terhibur dan selamat kerana perjalanan yang jauh akan memenatkan anak-anak dan ibu bapa.
  • Perkara utama sebelum memulakan perjalanan ke destinasi staycation anda ialah memastikan bahawa telefon anda dicas sepenuhnya kerana ianya penting sekiranya berlaku kecemasan, atau untuk menyemak peta. Oleh itu, power bank yang dicas penuh adalah penting untuk sebarang staycation.
  • Staycation ialah masa terbaik untuk mengabadikan momen istimewa bersama anak-anak anda. Jadi, jangan lupa sediakan bateri ReCyko Pro yang mencukupi untuk kamera dan denyar foto anda.
  • Bagi setiap pengembaraan atau perjalanan menaiki kereta, anda hendaklah menyediakan lampu sebagai langkah keselamatan. Ianya amat berguna sekiranya berlaku kecemasan, atau jika ahli keluarga anda memutuskan untuk melakukan pengembaraan semasa lewat malam.

 

Permainan video

Permainan video sering dikatakan berbahaya kepada kanak-kanak dan boleh menjejaskan hubungan mereka dengan ibu bapa mereka. Namun begitu, ia tidak benar. Kini, reka bentuk kandungan permainan semakin baik, lebih memfokuskan terhadap aspek pendidikan, dan menarik. Permainan video bukan sekadar untuk bermain, malah ia juga memiliki ciri untuk memupuk keupayaan kanak-kanak untuk menganalisis situasi dan menyelesaikan masalah dengan pantas. Oleh yang sedemikian, kadangkala ibu bapa juga harus menyertai permainan video bersama anak-anak mereka. Dengan ini, anda mungkin akan memenangi gelaran sebagai ibu atau bapa yang sporting.

Family

Family

Tip untuk memperkasakan permainan video anak anda:

  • Main bersama-sama dan ubah masa skrin kepada masa berkualiti bersama keluarga. Bermain permainan video bersama anak anda mungkin akan memberi peluang untuk anda menjalinkan hubungan yang lebih erat dan membuka jalan untuk perbualan yang lebih banyak.
  • Ingat... hormati pilihan anak-anak anda. Jika mereka tidak mahu main bersama, jangan paksa mereka. Mereka mungkin merasakan bahawa bermain permainan video itu merupakan masa peribadi untuk mereka.
  • Memperkenalkan (dan menguatkuasakan) peraturan bagi permainan video sejak anak-anak anda masih kecil. Contohnya, simpan peralatan permainan video di ruang tamu.
  • Pastikan anak anda sentiasa fokus dan terhibur dengan menggunakan bateri boleh dicas semula pada peranti permainan video kegemaran mereka.

 

Memasak

Sejak terjadinya sekatan keluar masuk dan penutupan restoran pada tahun lalu, ramai ibu bapa yang jarang masuk ke dapur akhirnya terpaksa masuk ke dapur. Malah, mereka juga mungkin telah menguji kemahiran mereka untuk membuat roti, atau beberapa pankek gaya soufflé yang gebu. Jika anda salah seorang daripada mereka, apa kata anda kongsikan kemahiran dan pengalaman memasak tersebut bersama anak-anak anda pada musim panas ini? Memasak ialah aktiviti yang memerlukan kemahiran organisasi yang luar biasa - dan ia merupakan pengalaman pembelajaran yang menarik (serta masa untuk mengeratkan hubungan) untuk ibu bapa dan anak-anak dari semua peringkat umur.

Cooking

Cooking

Tip untuk memperkasakan dapur anda untuk sebarang umur:

  • Untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun: Anda mungkin mahu mulakan dengan menyediakan hidangan mudah bersama mereka. Telur, pankek, dan roti bakar merupakan antara hidangan yang menyeronokkan untuk disediakan – malah ia tidak memerlukan sebarang peralatan yang berisiko.
  • Untuk kanak-kanak berumur lebih 10 tahun: Anda mungkin boleh mencuba resipi dan gaya memasak yang lebih mencabar. Misalnya hidangan gorengan tohor atau pencuci mulut. Semasa aktiviti ini dijalankan, anda boleh menggunakan peralatan yang lebih rumit secara beransur-ansur.
  • Untuk ibu bapa: Penting untuk diingati bahawa anda bukan sahaja mengajar anak cara mengendalikan bahan dan peralatan baharu, malah anda juga perlu mendidik tentang pemakanan yang sihat supaya ia boleh membantu mereka (dan anda) memiliki tabiat pemakanan yang baik sepanjang hayat.
  • Untuk semua orang: Dapur yang tersusun akan menjadi tempat yang baik untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga anda serta mencipta kenangan yang berkekalan sehingga tahun-tahun yang akan datang. Jangan lupa untuk sentiasa sediakan pek bateri di dapur untuk sebarang alat yang kehabisan tenaga.

Lihat pelbagai rangkaian bateri kami

Specialty Batteries

Bateri Khusus
Lihat Lagi

Single Use Batteries

Bateri Sekali Guna
Lihat Lagi

Rechargeable Batteries

Bateri Boleh Dicas Semula
Lihat Lagi