GP ingin memastikan bahawa pencarian bateri yang sesuai untuk perkakas anda tidak membebankan anda atau alam sekitar. Oleh yang sedemikian, kami ingin memastikan bahawa anda memilih bateri boleh dicas semula ReCyko yang sesuai untuk keperluan anda.

Apakah bateri GP ReCyko?

GP berasa bertanggungjawab untuk membangunkan sumber tenaga yang lebih mampan demi kehidupan seharian orang ramai. Oleh sebab itulah kami telah menciptakan ReCyko; iaitu rangkaian penuh bateri yang boleh dicas semula dan pengecas untuk membantu mengurangkan penggunaan sumber, pencemaran, dan sisa ke tapak pelupusan. ReCyko direka untuk kehidupan seharian anda, menjimatkan anda daripada beribu-ribu bateri sekali guna, sambil mengurangkan tekanan terhadap persekitaran dan dompet anda.

Dalam pelbagai jenis produk kami, anda mungkin menemui empat bateri ReCyko:

Recyko

ReCyko tersedia dalam rangkaian penuh bateri dengan kapasiti dan saiz yang berbeza (AA, AAA, C, D, 9V). Ia diciptakan dengan ciri mesra alam dan tahan lama supaya dapat membekalkan tenaga kepada semua peranti anda, tanpa mengurangkan keberkesananmya. Produk ini dijamin bertahan sehingga 500 kali caj. Dengan kadar nyahcas sendiri yang rendah, bateri boleh dicas semula ReCyko ini sesuai untuk kegunaan harian - contohnya untuk penggunaan jam, alat kawalan jauh TV, atau monitor bayi. Selain itu, ia sesuai untuk peranti penggunaan sekali-sekala (seperti lampu kepala, lampu suluh, atau lampu Krismas) kerana kebanyakan model produk ini mampu mengekalkan tenaganya sehingga tahap 80% dicas walaupun tidak digunakan selama 12 bulan. Di samping itu, bateri ini juga mempunyai suhu operasi antara -20°C hingga +50°C. Ini bermakna anda boleh bergantung pada ReCyko untuk memberikan anda tenaga walau dalam cuaca atau persekitaran apa sekalipun!

Lihat Rangkaian Penuh Produk Kami

Recyko Charge 10

Bateri Recyko Charge 10 AA kami ialah bateri terkini yang direka untuk pengecasan berkelajuan tinggi. Bateri boleh dicas semula Recyko Charge 10 NiMH mengandungi bahan kimia yang direka khas dimana ia membolehkan produk ini dicas dalam tempoh masa 10 minit sahaja** menggunakan Pengecas Ultra-Fast Charge 10. Dengan atribut prestasi tinggi dan hayat kitaran sebanyak 700 kali (caj)***, pek bateri ini sesuai untuk peranti yang memerlukan tenaga yang banyak. Bateri ini didatangkan kepada anda dalam keadaan sudah dicas dan sedia untuk digunakan. Malah, ia mampu mengekalkan tenaga sehingga 80% dicaj walaupun selepas 12 bulan. Oleh disebabkan ciri cas semula yang pantas ini, rangkaian produk Recyko sesuai untuk saat-saat anda memerlukan bateri dengan segera!

Beli Sekarang

Bagaimanakah cara untuk mengecas bateri ReCyko?

Anda mungkin akan menemui pelbagai jenis pengecas dan dok pengecas dalam rangkaian produk kami. Ia diciptakan dengan cara pengecasan yang baharu: pintar, mudah, dan selamat. Anda hanya perlu sambungkan kord kuasa ke pengecas bateri, palamkan bahagian hujung kord kuasa yang satu lagi ke dalam soket dinding, dan masukkan bateri NiMH anda ke dalam pengecas bateri mengikut kekutuban bateri. Bilangan pilihan slot bateri adalah berbeza-beza bergantung pada pengecas. Lihat jadual perbandingan pengecas bateri ReCyko kami untuk melihat semua fungsi yang tersedia. Anda sedang mencari pengecasan yang memiliki kelajuan tertinggi? Lihat Recyko Charge 10, pengecas terpantas di dunia**** dimana ia boleh mengecas bateri Charge 10 dengan selamat hanya dalam 10 minit**.

Lihat pelbagai jenis pengecas & dok pengecasan bateri ReCyko kami

Rumusannya

Kami telah memastikan bahawa kami mampu menyediakan bateri boleh dicas semula yang berguna, boleh dipercayai, dan mesra alam untuk sebarang jenis peranti anda! Lakukan perubahan dan beli rangkaian bateri boleh dicas semula GP yang lebih berkuasa hari ini.

Follow us

Lihat fakta dan tip terkini yang menyeronokkan tentang bateri

Cara Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Harian Anda

Ketahui Lebih Lanjut
Cara memilih, menyelenggara, dan menggantikan bateri alat pengesan asap
Ketahui Lebih Lanjut
3 sebab mengapa anda perlu menggunakan bateri boleh dicas semula yang mesra alam
Ketahui Lebih Lanjut