Apabila bercakap tentang bateri boleh dicas semula, mungkin sukar untuk kita memahami sejumlah besar istilah teknikal yang digunakan untuk menerangkan fungsi dan keupayaan yang berbeza.

Jika anda keliru dengan istilah yang digunakan (berkaitan bateri), jangan mudah gelisah! Kami telah mengumpulkan ensiklopedia bateri untuk anda dengan istilah paling kerap yang mungkin anda lihat semasa membeli bateri. Jadi, anda tidak perlu meneka lagi.

Apakah Maksud Voltan?

Ini mungkin merupakan istilah teknikal bateri yang biasanya difahami oleh kalangan ramai. Voltan (V) merujuk kepada perbezaan potensi elektrik antara terminal positif dan negatif bateri. Voltan boleh berbeza dengan ketara (1.5V untuk bateri beralkali biasa seperti AA, sel AAA, 3V untuk syiling litium kecil atau 9V untuk bateri 9V).

Dalam pemilihan bateri yang betul, voltan juga penting untuk dipertimbangkan. Ini adalah kerana sesetengah peranti tidak akan beroperasi dengan betul (atau hanya akan beroperasi dalam jangka masa yang singkat) jika dipasangkan dengan bateri yang mempunyai voltan yang kurang ideal. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ingat: Walaupun bateri beralkali biasanya mempunyai voltan nominal 1.5 volt, bateri boleh dicas semula mempunyai 1.2 volt. Selain itu, bateri beralkali akan memulakan pengecasan awalnya pada 1.5 volt sebelum berkurang kepada 1.2 volt dalam pengecasan kemudiannya. Di samping itu, bateri boleh dicas semula mampu mengekalkan voltannya dalam jangka masa yang lebih lama, manakala bateri tidak boleh dicas semula akan terus kehilangan voltannya.

Apakah Kapasiti mAh?

Kapasiti bateri diukur dalam unit mAh (miliampere/jam) dan merujuk kepada jumlah potensi maksimum tenaga yang dihantar oleh bateri dalam satu nyahcas. Apabila dikaitkan dengan bateri boleh dicas semula, anda mungkin melihat kapasiti yang ditunjukkan sebagai XXX mAh. Jumlah kapasiti tersebut diperolehi melalui pengiraan berikut: nyahcas (miliampere) x masa nyahcas (jam).

Secara amnya, penarafan kapasiti yang lebih tinggi untuk jenis bateri yang sama menghasilkan masa penggunaan yang lebih lama. Walau bagaimanapun, prestasi bateri akan berbeza-beza mengikut usia bateri, suhu, dan jenis peranti elektronik yang digunakan. Memperkasakan peralatan elektronik yang memerlukan tenaga tinggi seperti kamera profesional, alat kawalan permainan video, atau kereta kawalan jauh memerlukan kuasa yang lebih tinggi berbanding jam. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menggunakan bateri dengan kapasiti yang lebih tinggi supaya peranti anda menikmati prestasi bateri yang terbaik.

Apakah Maksud Kitaran Hayat?

Kitaran hayat bateri merujuk kepada bilangan kitaran cas-nyahcas lengkap yang mampu disokong oleh bateri sebelum kapasiti dan prestasinya berkurangan. Sebagai contoh, bateri GP ReCyko Pro mempunyai kitaran hayat yang tinggi - sehingga mencecah 1,500 kali!

Kitaran hayat boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama: masa dan bilangan kitaran yang telah dilengkapkan. Salah satu cara terbaik untuk mengekalkan jangka hayat bateri boleh dicas semula anda ialah dengan memastikan bateri tersebut tidak dibiarkan dalam keadaan yang tidak elok seperti ditempatkan di kawasan bersuhu melampau, penggunaan bateri sehingga kehabisan tenaga sepenuhnya secara berulang kali, dan pengecasan/nyahcas terlebih. Selain itu, pastikan anda menyimpan bateri di tempat yang sejuk, kering, tempat yang memiliki ventilasi yang baik pada suhu bilik, dan jauh dari pancaran cahaya matahari secara langsung.

Apakah Maksud Jangka Hayat?

Apabila bercakap tentang bateri boleh dicas semula, jangka hayat merujuk kepada jumlah masa bateri boleh dibiarkan tanpa digunakan. Semua bateri akan mengalami nyahcas sendiri semasa penyimpanan, namun pada tahap yang berbeza. Walau bagaimanapun, cara penyimpanan yang betul boleh melambatkan proses ini daripada berlaku. Sama seperti kitaran hayat, anda disyorkan untuk menyimpan bateri di tempat yang sejuk dan kering demi mengekalkan prestasi bateri yang baik. Di samping itu, kami mengesyorkan pengecasan bateri sepenuhnya sebelum digunakan bagi penggunaan kali pertama atau selepas menyimpan bateri tersebut dalam tempoh yang lama.

Apakah yang Dimaksudkan dengan 'Bateri Mengalami Nyahcas Sendiri'?

Apabila bateri tidak digunakan, ia masih menggunakan tenaganya melalui tindak balas kimia dalaman. Oleh disebabkan perkara ini, fenomena yang dikenali sebagai nyahcas sendiri berlaku - dimana terjadinya pengurangan cas yang disimpan dalam bateri yang tidak digunakan dan seterusnya mengurangkan kapasiti bateri secara beransur-ansur.

Malangnya, fenomena nyahcas sendiri bateri tidak boleh dielakkan sepenuhnya. Namun begitu, kadar nyahcas sendiri yang berlaku boleh berbeza-beza - bergantung pada bateri. Contohnya, Bateri Boleh Dicas Semula GP ReCyko AAA mampu kekal sehingga 80% dicas selepas 12 bulan disebabkan ciri kadar nyahcas sendiri yang rendah.

Apakah Kesan Memori Bateri?

Kesan memori boleh berlaku apabila bateri dicas berulang kali sebelum semua tenaga yang tersimpan di dalamnya habis. Hal ini menyebabkan bateri 'menghafal' kitaran pengecasan yang berkurangan dan memendekkan potensi masa operasi dengan ketara. Kesan ini boleh dibetulkan semula dengan penjagaan bateri yang betul; seperti menyahcas bateri sepenuhnya dengan meninggalkannya dalam peranti dan kemudiannya mengecas semula bateri tersebut sepenuhnya. Walau bagaimanapun, bateri boleh dicas semula NiMH generasi terkini tidak lagi mengalami isu tersebut.

Lihat pelbagai jenis bateri boleh dicas semula kami

Bateri Recyko Charge 10 AA 1700mAh (pek 4 unit bateri)

Bateri Boleh Dicas Semula GP ReCyko 9V 200mAh (pek 1 unit bateri)

Bateri GP ReCyko Pro 800mAh AAA (pek 4 unit bateri)

Ikuti kami

Fikir semula. Cas semula. Recyko.

Bateri Recyko
Beli sekarang
Pengecas & Dok Pengecasan Recyko
Beli sekarang
Bateri & Pengecas Charge 10
Beli sekarang