Dengan peranti elektronik yang semakin kecil, bateri juga kini semakin padat. Walau bagaimanapun, dengan peralihan kepada bateri yang lebih kecil, risiko keselamatan juga bertambah, contohnya insiden tertelan bateri tanpa sengaja.
Melalui panduan ini, kami akan bincangkan aspek keselamatan bateri syiling litium, tentang bateri itu sendiri, risikonya, dan langkah supaya anda kekal selamat.
Apakah Bateri Syiling Litium?
Bateri syiling litium yang turut dikenali sebagai bateri sel butang merupakan bateri berbentuk syiling. Bahan kimia di dalam bateri litium generasi terbaru membolehkan sejumlah besar kuasa dihantar secara konsisten dengan kecekapan unggul. Selain daripada bateri alkali dan logam nikel hidrida (NiMH), penggunaan bateri syiling litium seperti CR2032 dan CR2025 sudah menjadi kebiasaan, terutamanya dalam aplikasi khusus seperti jam tangan, kalkulator, dan alat bantu dengar. Bateri syiling litium atau sel butang yang kebiasaannya mengalirkan caj nominal sebanyak 3V ini mampu membekalkan kuasa kepada beberapa alatan khusus.
Direka khusus oleh pakar bateri, bateri sel butang litium GP ini dihasilkan untuk penggunaan optimum peranti kecil tertentu, seperti kunci kereta, alat kawalan jauh, atau jam tangan pintar. Apabila disimpan dengan betul, bateri syiling litium GP dapat bertahan membekalkan kuasa sehingga 10 tahun, jadi anda tidak perlu bimbang untuk nyahcas sendiri apabila menyimpan bateri harian dan kecemasan.
Apakah Risiko Penggunaan Bateri Syiling Litium?
Pengendalian bateri itu sendiri tidaklah menimbulkan sebarang risiko sekiranya anda mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Bateri syiling litium boleh mendatangkan kemudaratan apabila bersentuhan dengan cecair badan apabila menjana arus yang menghasilkan sejumlah kecil natrium hidroksida, iaitu unsur penghakis yang kuat. Jika tertelan atau bateri tersekat di dalam badan, hal ini boleh menyebabkan luka terbakar kimia, sehingga tisu lembut tertembus, dan akhirnya kematian akibat tidak ditangani dengan segera. Risiko ini bertambah teruk dengan penggunaan meluas bateri syiling litium dalam barangan seharian seperti jam tangan pintar, kunci fob kereta, alat kawalan jauh, dan pembuka pintu garaj.
Untuk mengelakkan bahaya sedemikian, semua bateri perlu digunakan, disimpan, dan dilupuskan dengan selamat dan baik. Simpan bateri yang tidak digunakan di tempat yang sejuk dan kering atau terdapat pengudaraan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari, objek logam, dan capaian kanak-kanak.
Di bahagian seterusnya, kita akan bincangkan cara melindungi kanak-kanak daripada tertelan bateri tanpa sengaja.
Cara Melindungi Anak-Anak Anda
Keselamatan bateri hanya memerlukan beberapa langkah mudah. Kadang-kadang, langkah berjaga-jaga ini boleh membantu melindungi anak anda daripada terdedah dengan bahaya bateri secara langsung:
- Sentiasa pastikan ruang simpanan asing bateri semua mainan dan peranti elektronik dipasang kemas dengan skru.
- Jika tiada ruang simpanan asing yang boleh dikunci, pastikan alat elektronik berada di luar jangkauan kanak-kanak.
- Beli bateri dengan pembungkusan kalis kanak-kanak.
- Store spare batteries far from children's reach, ideally in a locked upper cupboard.
- Simpan bateri ganti jauh daripada jangkauan kanak-kanak, seelok-eloknya di dalam almari bahagian atas yang berkunci.
- Jika bateri hilang daripada peranti elektronik dan anda fikir rasa anak anda sudah tertelan bateri, bawa anak anda ke A&E untuk pemeriksaan keselamatan. Luka terbakar yang teruk boleh terjadi dalam tempoh hanya 2 jam selepas tertelan bateri, jadi dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
- Berhati-hati dengan bateri terpakai, kerana bateri terpakai juga memerlukan langkah berjaga-jaga sama seperti bateri baharu. Lihat panduan kami tentang cara mengitar semula bateri dengan betul.
- Sebarkan maklumat kepada ahli keluarga tentang bahaya pengendalian bateri yang salah.
Cara Lupuskan Bateri Syiling Litium Dengan Selamat
Bateri syiling litium dianggap sebagai sisa berbahaya, jadi bateri ini tidak boleh dibuang seperti sampah biasa. Terdapat beberapa cara untuk melupuskan bateri syiling litium dengan selamat tetapi salah satu kaedah yang disyorkan adalah dengan mengitar semula.
Bukanlah sukar untuk kitar semula bateri. Kumpul bateri terpakai di dalam beg plastik dan bawa ke pusat pengumpulan kitar semula bateri yang ditetapkan. Pusat pengumpulan ini boleh didapati di kedai elektronik, pasar raya, dan pusat komuniti.
Tip Keselamatan Tambahan dalam Mengendalikan dan Melupuskan Bateri Syiling Litium:
- Jangan biarkan bateri litar pintas. Hal ini boleh menyebabkan bateri menjadi panas dan berpotensi meletup.
- Jangan buang bateri dengan membakarnya. Hal ini juga boleh menyebabkan bateri meletup.
- Jangan cuba cas semula bateri syiling litium. Bateri ini tidak dikeluarkan untuk boleh dicas semula.
Keselamatan Menjadi Keutamaan di GP Batteries
Sesungguhnya, penting untuk kita beri perhatian sewajarnya kepada bateri kecil ini demi mengurangkan risiko kanak-kanak tertelan tanpa sengaja ataupun bateri bocor.
Pembungkusan Kalis Kanak-kanak
Kami bukan sahaja mengeluarkan bateri syiling litium untuk melindungi alatan anda dengan bahan kalis bocor, tetapi kami mahu melindungi orang tersayang anda melalui pembungkusan kalis kanak-kanak yang dibuat dengan teliti. Pembungkusan kalis kanak-kanak ini menghalang kanak-kanak daripada terpegang bateri yang lepuh, sekaligus mengurangkan risiko bateri sel butang litium yang disimpan.
Maklumat Amaran
Kami berusaha mengoptimumkan label amaran pada produk kami, dan terdapat label keselamatan berukir bateri untuk membantu anda mengendalikan dan melupuskan bahan kimia berbahaya dengan betul.
Kesedaran Pengguna
Kami menitikberatkan keselamatan pengguna kami. Kami giat berkongsi kandungan pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko bahaya bateri butang apabila terdedah pada kanak-kanak.
Bateri Syiling Litium Selamat Digunakan Jika Anda Tahu Cara Mengendalikannya
Bateri syiling litium tidaklah bebas risiko 100% namun dengan pengetahuan yang sepatutnya tentang cara mengendalikan dan menyimpan bateri, anda boleh nikmati manfaat sumber kuasa yang berguna ini dalam kehidupan seharian tanpa rasa gusar.
Kongsi artikel ini dengan rakan dan keluarga untuk membantu sebarkan maklumat keselamatan demi kesejahteraan nyawa. Untuk maklumat lanjut berkenaan tempat membeli bateri syiling litium seperti CR2032, lihat rangkaian produk GP Batteries sekarang.