Bateri Alat bantu dengar Diperjelaskan

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bateri Alat bantu dengar

06.08.2024

Apakah bateri alat bantu dengar?

Ini bateri khusus yang direka untuk peranti elektronik yang memerlukan bateri dengan bentuk tertentu. Bateri yang biasa digunakan dalam alat bantu dengar berupa bateri sel butang dan dikategorikan mengikut warna.


Kebiasaannya, bateri alat bantu dengar mempunyai 4 jenis saiz standard seperti berikut:

  • 10 (5.8 mm x 3.6 mm), biasanya terdapat dalam CIC dan alat bantu dengar RITUS mini, berwarna kuning,
  • 312 (7.9 mm x 3.6 mm), biasanya terdapat dalam alat bantu dengar RITUS, ITC, dan mini BTE, berwarna coklat,
  • 13 (7.9 mm x 5.4 mm), biasanya terdapat dalam alat bantu dengar BTE dan ITE, berwarna jingga,
  • 675 (11.6 mm x 5.4 mm), biasanya terdapat dalam alat bantu dengar BTE, berwarna biru,

Jadual berikut menunjukkan perincian setiap bateri alat bantu dengar dengan kod warna yang tertentu.

Lazim berkenaan Bateri Alat bantu dengar

Apakah bahan yang menghasilkan bateri alat bantu dengar?
Bateri alat bantu dengar biasanya diperbuat daripada bahan kimia berupa zink-udara, termasuk bateri alat bantu dengar GP.

Di mana Anda Boleh Cari Bateri Alat bantu dengar?
Bateri alat bantu dengar boleh didapati di pelbagai lokasi seperti farmasi dan klinik bantuan pendengaran

Anda juga boleh membeli bateri ini secara dalam talian seperti kedai dalam talian GP Batteries.

Sejauh mana bateri alat bantu dengar boleh bertahan?

Jangka hayat bateri alat bantu dengar bergantung pada saiz, gaya dan kapasitinya. Kebiasaannya, bateri alat bantu dengar yang bersaiz lebih besar tahan lebih lama kerana menyimpan bekalan kuasa yang lebih tinggi berbanding dengan bateri yang lebih kecil.

Di GP Batteries, kami menawarkan bateri dengan 50% kuasa yang lebih tinggi* berbanding dengan yang terdapat dalam pasaran. Jadi, anda memperoleh ketenangan saat ingin memulakan perjalanan jauh kerana bateri anda tidak mudah kehabisan kuasa. Selain itu, bateri alat bantu dengar yang kami tawarkan mempunyai jangka hayat sehingga 4 tahun, jadi anda boleh simpan bateri tanpa rasa gusar, kerana bekalan kuasa bateri kekal bertahan selama jangka hayatnya.

Apakah cara untuk menjadikan bateri alat bantu dengar tahan lebih lama?
Bateri alat bantu dengar mula aktif sebaik sahaja penutup tab plastik dibuka dan bateri terdedah dengan udara. Apabila tab tersebut dialihkan, partikel udara meresap masuk melalui lubang-lubang kecil yang sebelum ini dilindungi oleh tab plastik. Apabila hal ini terjadi, bateri terus aktif dan mula mengalirkan kuasa. Inilah sebab anda perlu membuka tab bateri baharu hanya apabila anda berhasrat untuk menggantikan bateri lama dengan bateri baharu dalam alat bantu dengar anda. Biarkan bateri terdedah dengan udara kira-kira satu minit untuk mencapai kapasiti maksimum. Hal ini akan membantu memanjangkan jangka hayat bateri dengan ketara.

Adakah bateri alat bantu dengar berbahaya?
Bateri alat bantu dengar adalah berbahaya sekiranya ditelan, jadi anda perlu berjaga-jaga terutamanya apabila ada kanak-kanak dan haiwan peliharaan di sekitar anda. Oleh sebab saiz bateri yang kecil, ada juga risiko tercekik dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang tersalah anggap bateri sebagai gula-gula ataupun pil. Jadi, anda disarankan untuk menjauhkan bateri alat bantu dengar daripada capaian kanak-kanak dan kekal berwaspada.

Apakah cara untuk Melupuskan Bateri Alat bantu dengar Dengan Betul?

Bateri alat bantu dengar tidak boleh dibuang semena-mena ke dalam tong sampah kerana bahan berbahaya yang terkandung di dalam bateri boleh meresap keluar.

Sebaliknya, cara terbaik untuk melupuskan bateri alat bantu dengar adalah dengan membawanya ke tempat pengumpulan khusus untuk dikitar semula.

Terdapat beberapa organisasi yang mengumpul bateri alat bantu dengar untuk dikitar semula.

Bateri Alat bantu dengar GP Batteries

Di GP, kami bangga kerana dapat menawarkan bateri alat bantu dengar saiz 10, 312, 13, dan 675. Kami amat teliti dengan menyediakan pembungkusan dengan mekanisme berputar dan tab bateri yang lebih panjang supaya bateri lebih mudah dikeluarkan daripada pembungkusan dan dimasukkan ke dalam alat bantu dengar.

Bateri alat bantu dengar kami, untuk semua saiz, membekalkan kuasa 50% lebih tinggi*, sekaligus membantu mendapatkan bunyi yang jelas dan konsisten bagi suatu tempoh maksimum dan bebas daripada merkuri. Dengan reka bentuk berketepatan tinggi dan kawalan kualiti yang memuaskan, output voltan bateri alat bantu dengar kami memastikan terjamin stabil sepanjang hayatnya, menghasilkan kualiti bunyi yang konsisten dan boleh dipercayai.

Direka khusus untuk membekalkan kuasa dan prestasi yang unggul kepada alat bantu dengar jenis moden, bateri alat bantu dengar GP kini dilengkapi dengan fungsi wayarles baharu yang membolehkan peranti kekal terhubung dengan telefon, tablet, dan peranti audio lain sama ada jenis iOS mahupun Android.

Kelestarian menjadi keutamaan kami di GP Batteries. Sesungguhnya, usaha membangunkan sumber kuasa yang lebih mampan menjadi tanggungjawab kami, demi membina hari esok yang lebih hijau. Semua pembungkusan bateri alat bantu dengar di GP Batteries diperbuat daripada 100% bahan yang boleh dikitar semula, termasuk gelembung plastik dan lapik kertas.

*Perbandingan dengan ujian aplikasi standard alat bantu dengar IEC terhadap purata minimum untuk bateri ini. Keputusan mungkin berbeza mengikut jenis peranti dan cara penggunaan.

Raikan Nikmat Pendengaran Dengan GP Batteries
Layari laman sesawang GP Batteries hari ini untuk mendapatkan alat bantu dengar terbaik dan bateri khusus yang bersesuaian dengan keperluan anda. Kami juga menawarkan pelbagai jenis bateri, sama ada bateri AA sekali guna mahupun bateri boleh dicas semula jenama GP Recyko yang terkenal.

Apa-apa sahaja jenis pembekal kuasa mudah alih yang anda perlukan, kami ada sediakan di GP Batteries. Apa lagi, mari membeli-belah dengan kami sekarang!