Permainan video adalah hobi yang memerlukan tenaga intensif, tumpuan, dan keazaman selama berjam-jam. Maka, alangkah malangnya jika tetikus permainan wayarles, papan kekunci, atau alat kawalan Xbox anda kehabisan bateri pada pertengahan permainan. Dalam blog ini, anda akan mempelajari tip tentang bateri terbaik untuk alat kawalan permainan video dan peranti wayarles demi memastikan anda boleh menikmati permainan tersebut dalam jangka masa yang panjang, tanpa sebarang gangguan.

Bateri sekali guna berkapasiti rendah tidak mampu memberikan pengalaman yang cukup teguh untuk benar-benar memanfaatkan peralatan wayarles permainan video (memerlukan tenaga yang banyak) sepenuhnya. Bateri sering dianggap sebagai perkara yang membebankan bagi pemain kerana ia menyebabkan gangguan pada pertengahan permainan apabila tenaganya kehabisan. Dahulu, alat kawalan berwayar merupakan satu-satunya cara yang boleh dipercayai untuk bermain permainan. Namun, kini tidak lagi - terdapat banyak pilihan alat kawalan wayarles hebat di luar sana. Satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah cara terbaik untuk memperkasakannya: iaitu bateri boleh dicas semula.

Bateri boleh dicas semula bukan sahaja dapat memenuhi jangkaan pemain, malah ia mampu melebihi jangkaan tersebut. Berikut ialah enam cara bagaimana bateri boleh dicas semula mampu meningkatkan pengalaman permainan video anda.

Kuasa yang lebih hebat

Konsol permainan wayarles anda (seperti pengawal Xbox dan Wii), memerlukan banyak tenaga untuk mendapatkan pengalaman permainan video yang optimum. Bateri NiMH boleh dicas semula GP ReCyko bersaiz AA dan AAA memberikan pengalaman permainan yang boleh dipercayai dengan aliran kuasa yang berterusan. Bateri boleh dicas semula ini juga boleh digunakan untuk papan kekunci permainan wayarles dan tetikus permainan wayarles anda.

Bateri AA boleh dicas semula sesuai bagi hampir semua papan kekunci permainan wayarles dan tetikus – serta Xbox 360, Xbox One, dan Xbox Series S | Alat kawalan X. Manakala sesetengah peranti lain mungkin memerlukan bateri AAA.

Kuasa yang bertahan lebih lama

Bateri boleh dicas semula memberikan kuasa yang tahan lebih lama daripada bateri sekali guna. Satu pek yang terdiri daripada empat bateri ReCyko AA adalah bersamaan dengan lebih 6,000 bateri sekali guna - dimana setiap unit bateri menampilkan hayat kitaran sehingga 1500 kali cas semula.

Pernahkah anda menukar alat kawalan atau meningkatkan taraf peralatan permainan video anda, namun tetap menyimpan alat kawalan Xbox lama atau papan kekunci dan tetikus permainan wayarles anda? Bateri boleh dicas semula GP ReCyko berupaya mengekalkan tenaga sehingga 80% dicas walaupun ia tidak digunakan selama 12 bulan. Malah, bateri ReCyko Pro mampu mengekalkan tenaga sehingga 70% dalam tempoh 5 tahun. Jadi, anda boleh terus menggunakan aksesori lama itu atau bermain dengan rakan tanpa sebarang masalah.

Kemudahan

Tiada lagi insiden menyerah kalah atau tewas dalam permainan video oleh disebabkan alat kawalan, papan kekunci, atau tetikus mati – bateri boleh dicas semula memberikan kemudahan yang anda perlukan tanpa sebarang selerak. Apabila anda bertukar kepada bateri yang boleh dicas semula, anda akan berbesar hati untuk menyingkirkan timbunan bateri sekali guna yang disimpan di dalam laci dan kabinet di seluruh rumah. Memandangkan 4 unit bateri AA boleh dicas semula mampu menggantikan beribu-ribu unit bateri sekali guna, anda dapat menjimatkan masa dan usaha yang diperlukan untuk sentiasa mengisi semula stok bateri anda.

Anda hanya memerlukan 10 minit sahaja* untuk mengecas semula menggunakan Pengecas Ultra-Pantas Recyko Charge 10 (bateri AA disertakan). Anda boleh berehat sebentar, dapatkan snek, kemudian kembali bermain permainan video dengan bateri anda yang telah dicas semula sepenuhnya dalam tempoh 10 minit tersebut.

Penggunaan yang Mudah

Bateri boleh dicas semula menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih mudah berbanding bateri sekali guna. Bateri boleh dicas semula kami telah dicaj terlebih dahulu untuk kegunaan segera daripada kotak. Jadi, anda hanya perlu memasukkan bateri dan mula bermain.

Anda tidak perlu lagi menjejaki beberapa bateri yang berselerak dengan tahap dan kapasiti cas yang berbeza. Anda hanya perlu bergantung pada bateri boleh dicas semula GP ReCyko kerana ia lebih daripada mencukupi untuk memastikan peranti anda sentiasa berkuasa.

Kemampuan beroperasi dalam keadaan ekstrem

Permainan video boleh menjadikan persekitarannya lebih hangat daripada biasa. Bateri boleh dicas semula GP ReCyko mampu beroperasi dengan selamat dan berkesan (dalam suhu antara -20°C hingga 50°C), demi memastikan anda mempunyai akses terhadap tetapan permainan video tersebut dalam apa jua keadaan sekalipun.

Kehidupan yang lebih mampan

Kehidupan yang lebih mampan, serta perniagaan yang beroperasi secara mampan merupakan perkara yang dititkberatkan oleh GP. Penggunaan bateri boleh dicas semula dapat menjimatkan beribu-ribu bateri sekali guna daripada memasuki tapak pelupusan sampah dan mencemarkan alam sekitar.

Bateri boleh dicas semula ReCyko kami juga disahkan ECV** dan diperbuat lebih daripada 10% bahan kitar semula, mengurangkan penggunaan tenaga, penggunaan bahan mentah segar, dan pencemaran. Tambahan pula, 94%+ daripada keseluruhan pembungkusan bateri (termasuk kotak) juga boleh dikitar semula.


*Berdasarkan ujian dalaman oleh GP bagi purata peratusan kapasiti bateri yang dicas selepas 10 minit pengecasan pada Mei 2021. Dikira daripada ujian 5 cas serentak bagi 4 bateri AA Charge 10 1700mAh baharu sehingga mencapai 90%+ kapasiti pada 20°C , diikuti dengan nyahcas bateri mengikut IEC 61951-2..

**Untuk bateri Recyko AAA 650/800/850/950 mAh dan Recyko AA 1300/2000/2100/2600 mAh.

Tingkatkan pengalaman permainan video dengan bateri GP ReCyko

GP ReCyko AA 2100mAh Rechargeable Battery

Bateri Boleh Dicas Semula GP ReCyko AA 2100mAh - Pek 4 unit

GP ReCyko AAA 850mAh Rechargeable Battery

Bateri Boleh Dicas Semula GP ReCyko AAA 850mAh - Pek 4 unit

GP ReCyko Pro battery

Bateri GP ReCyko Pro 2000mAh AA
- Pek 4 unit

Perkasakan Hidup Melalui Pengecasan

Bateri & Pengecas Charge 10
Beli sekarang
Bateri ReCyko
Beli sekarang
Pengecas & Dok Pengecasan ReCyko
Beli sekarang