Alat bantu dengar datang dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk memberi kesesuaian bagi semua jenis telinga. Malah, ia mempunyai keperluan tenaga yang berbeza-beza. Pemilihan bateri alat bantu dengar yang betul memberi kesan yang besar terhadap masa operasi, kualiti bunyi, dan ketekalan alat bantuan pendengaran; terutamanya model dengan fungsi wayarles untuk penstriman muzik dan video - yang memerlukan lebih banyak tenaga. Baca panduan kami tentang cara pemilihan bateri alat bantu dengar yang betul dan ketahui semua perkara yang perlu anda tahu mengenainya.

Bagaimanakah cara untuk memilih bateri alat bantu dengar

Bateri khusus ialah bateri yang diciptakan khas bagi peranti elektronik yang memerlukan bentuk bateri tertentu, Bateri yang digunakan dalam alat bantu dengar lazimnya ialah bateri sel butang. Antara 4 saiz standard bateri alat bantu dengar yang paling biasa adalah:

  • 10 (5.8mm x 3.6mm), biasanya ditemui dalam alat bantu dengar CIC dan RITE mini,
  • 312 (7.9mm x 3.6mm), biasanya ditemui dalam alat bantu dengar RITE, ITC dan BTE mini,
  • 13 (7.9mm x 5.4mm), biasanya ditemui dalam alat bantu dengar BTE dan ITE, berwarna jingga,
  • 675 (11.6mm x 5.4mm), biasanya ditemui dalam alat bantu dengar BTE, berwarna biru,

Dalam jadual berikut, kita akan melihat beberapa jenis dan saiz bateri alat bantu dengar.

Bateri alat bantu dengar juga mempunyai kod warna bagi setiap saiz demi memudahkan pembelian bateri alat bantu dengar dengan tepat: saiz10 berwarna kuning, 312 berwarna perang, 13 berwarna jingga, dan 675 berwarna biru.

Soalan Lazim Mengenai Bateri Alat Bantu Dengar

Bateri alat bantu dengar diperbuat daripada apa?
Kebiasaannya,bateri alat bantu dengar diperbuat daripada bahan kimia yang bernama zink-udara (zinc-air). Untuk makluman anda, bateri alat bantu dengar GP juga diperbuat daripada bahan tersebut.

Berapa lama bateri alat bantu dengar mampu bertahan?
Tempoh ketahanan bateri alat bantu dengar bergantung pada saiz, gaya, dan kapasitinya. Kebiasaannya, bateri alat bantu dengar yang lebih besar (secara fizikal) akan bertahan lebih lama daripada bateri yang bersaiz lebih kecil kerana ia mengandungi tenaga yang lebih tinggi.

Bateri GP memberikan 50% lebih tenaga* berbanding purata industri. Oleh itu, ia akan memberikan anda ketenangan fikiran bagi perjalanan jauh kerana anda tidak akan kehabisan tenaga. Selain itu, bateri alat bantu dengar kami mempunyai jangka hayat sehingga 4 tahun. Ini bermakna, anda boleh menyimpan stok tambahan tanpa was-was kerana tenaganya disimpan dalam jangka hayat yang panjang.

Bagaimanakah cara untuk menjadikan bateri alat bantu dengar tahan lebih lama?
Bateri alat bantu dengar mula diaktifkan sebaik sahaja tab plastik yang menutupinya dikeluarkan dan bateri bersentuhan dengan udara. Apabila anda menanggalkan tab tersebut, hal ini membolehkan udara memasuki lubang kecil pada bateri itu (sebelum ini ditutupi oleh tab plastik). Sebaik sahaja perkara ini berlaku, bateri akan diaktifkan dan tenaganya akan mula kehabisan. Itulah sebabnya mengapa anda harus membuka tab baharu hanya apabila anda berhasrat untuk menggantikan bateri alat bantu dengar anda. Setelah anda menanggalkan tab plastik, biarkan bateri tersebut sekitar satu minit supaya ia terdedah dengan udara kerana ia perlu mencapai kuasa dengan sepenuhnya. Hal ini akan membantu memanjangkan hayatnya dengan ketara.

Adakah bateri alat bantu dengar berbahaya?
Menelan bateri alat bantu dengar adalah perkara yang berbahaya dan perlu diambil perhatian dengan serius; terutamanya bagi kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Ia juga memiliki risiko bahaya tercekik terhadap kanak-kanak dan orang dewasa - kerana ia mungkin disalah anggap sebagai gula-gula atau pil. Perkara terbaik yang dilakukan ialah menjauhkan bateri alat bantu dengar daripada kanak-kanak dan sentiasa berwaspada.

Bateri Alat Bantu Dengar GP

GP menyediakan variasi bateri alat bantu dengar yang meluas - dari bateri bersaiz 10, 312, 13, dan 675. Malah, pembungkusan kami direka dengan bijak dimana ia merangkumi mekanisme berputar dan tab bateri yang lebih panjang demi memudahkan pengguna untuk mengeluarkan bateri tersebut daripada bungkusan dan seterusnya memasukkannya ke dalam alat bantu dengar.

Semua rangkaian saiz bateri alat bantu dengar kami memberikan 50% lebih tenaga* kepada alat bantu dengar anda, menyokong bunyi yang jelas, konsisten dalam tempoh maksimum, serta bebas merkuri. Reka bentuk dengan ketepatan tinggi dan kawalan kualiti bagi bateri alat bantu dengar kami memastikan bahawa output voltan kekal stabil sepanjang hayatnya, lalu memberikan kualiti bunyi yang konsisten dan boleh dipercayai.

Ia diciptakan untuk membekalkan tenaga dan prestasi unggul kepada alat bantu dengar moden. Bateri alat bantu dengar GP mengikuti aliran kemodenan dengan menghasilkan produk yang menyokong fungsi wayarles serta membolehkan peranti tersebut terus bersambung ke telefon iOS dan Android, tablet, dan peranti audio lain.

Kemampanan merupakan perkara yang dititikberatkan oleh GP. Kami berasa bertanggungjawab untuk membangunkan sumber tenaga yang lebih mampan, demi membantu membina masa depan yang lebih hijau. Semua pembungkusan bateri alat bantu dengar GP diperbuat daripada 100% bahan kitar semula, termasuklah lepuh plastik dan kad kertas.

*berbanding purata minimum ujian aplikasi standard alat bantu dengar IEC bagi setiap saiz bateri. Keputusan mungkin berbeza mengikut peranti dan cara penggunaan.

Lihat fakta dan tip terkini yang menyeronokkan tentang bateri

Cara Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Harian Anda
Ketahui Lebih Lanjut
Cara memilih, menyelenggara, dan menggantikan bateri alat pengesan asap
Ketahui Lebih Lanjut
3 sebab mengapa anda perlu menggunakan bateri boleh dicas semula yang mesra alam
Ketahui Lebih Lanjut